AdvertorialBuletin

UNTUK SEMUA PENUNGGANG BAGI SEMUA PERJALANAN, RIDE STRONG DENGAN CALTEX HAVOLINE®

Dalam usaha membangunkan kembali ekonomi pasca COVID-19, selain dihimpit ancaman kemelesetan ekonomi global yang dijangka berlaku pada tahun 2023, pengangkutan dan ekonomi bergerak serentak untuk memacu semula kebangkitan ekonomi negara.

Maka tidak hairanlah jika kita dapat lihat mobiliti rakyat tertumpu pada penggunaan motosikal sebagai pengangkutan utama. Anda boleh lihat motosikal digunakan sebagai:

1. Pengangkutan utama di bandar bagi memudahkan pergerakan pengguna dari rumah terus ke tempat kerja. Ia lebih kecil, mudah bergerak, murah dan kalis kesesakan jalan raya.

2. Sebagai kenderaan utama ahli keluarga untuk menghantar anak ke sekolah, keluar membeli barangan keperluan dan mudah diparkir.

3. Menjadi nadi penggerak dalam sektor perkhidmatan penghantaran, seterusnya menjana peluang pekerjaan dan menggerakkan ekonomi setempat.

4. Motosikal juga dipilih sebagai medium untuk bersosial pada hujung minggu dengan aktiviti tunggangan ke tempat-tempat menarik untuk bersantai dan berhibur.

Namun, penggunaan motosikal secara ekstensif dalam semua kategori di atas mendedahkan komponen utama seperti enjin dan transmisi kepada kehausan. Malah pergerakan motosikal dalam bandar yang banyak bergerak dan berhenti semakin memburukkan keadaan.

Ditambah pula dengan keadaan cuaca tropika negara yang panas dan lembap menjadikan enjin terdedah kepada faktor haba. Menyedari keperluan untuk melindungi motosikal yang menjadi nadi pengguna, Caltex tampil dengan minyak pelincir Havoline®.

Minyak pelincir Caltex Havoline® dirumus khas bagi memberi perlindungan terhadap enjin daripada enapan karbon, haba berlebihan dan tahan lasak terhadap oksidasi. Tidak ketinggalan, ia juga mampu menawarkan pecutan tangkas dengan perlindungan terhadap klac gear. 

Ia dirumus dengan teknologi CORE:

1. Cleans – membersihkan enjin daripada enapan karbon

2. Oxidation Stability – kestabilan suhu daripada teroksida

3. Reduce – mengurangkan kerosakan enjin akibat daripada haba berlebihan

4. Enhance – membantu pecutan enjin

Minyak pelincir motosikal Caltex Havoline® menawarkan pelbagai produk untuk semua kegunaan motosikal sama ada dengan sistem penyejukan udara atau cecair. Ia boleh digunakan pada kapcai, motosikal berkuasa tinggi dan skuter dengan kualiti terbaik serta pada harga yang berpatutan.

Antara minyak pelincir yang sesuai untuk motosikal ialah:

  • Havoline® Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40
  • Havoline® Super 4T Semi-Synthetic SAE 10W-40
  • Havoline® Super 4T Semi-Synthetic SAE 15W-50
  • Havoline® Super 4T SAE 20W-40

Bagi kegunaan skuter pula, Havoline® menawarkan barisan minyak pelincir berikut:

  • Havoline® SuperMatic Semi Synthetic 4T 10W-40
  • Havoline® SuperMatic 4T SAE 10W-40

Untuk tunggangan lebih laju dengan pecutan mantap, anda boleh cuba minyak pelincir motosikal Havoline® yang dilengkapi teknologi Zoomtech. Ia dirumus khas dengan pekali geseran statik 13 peratus lebih baik bagi operasi klac yang lancar.

  • Havoline® Super 4T Semi-Synthetic SAE 10W-40 y
  • Havoline® Super 4T Semi-Synthetic SAE 15W-50 y
  • Havoline® Super 4T SAE 20W-40 y

Tidak kira apa jua kategori kegunaan motosikal anda, minyak pelincir Caltex Havoline® dengan teknologi Core dan Zoomtech mampu memberikan perlindungan yang terbaik untuk jentera kesayangan anda. 

GALERI

Google ads
Back to top button