
CHERY TIGGO 8 SERBA BAHARU DILANCARKAN SUKU KEEMPAT 2025 – DIMENSI LEBIH BESAR, DUA REKAAN BAHAGIAN DEPAN
Chery secara rasmi memperlihatkan imej pertama model Tiggo 8 generasi terbaharu yang bakal membuat kemunculan rasmi pada suku keempat tahun ini.
SUV bersaiz pertengahan yang disasarkan untuk keluarga ini tampil dengan dimensi lebih besar berbanding model sedia ada serta konfigurasi lima tempat duduk.
Di pasaran China ketika ini, siri Tiggo 8 merangkumi lima varian iaitu Tiggo 8 Plus, Tiggo 8L, Tiggo 8 Zhuoyue (Excellence Edition), Tiggo 8 Pro 2025, dan Tiggo 8 Plus C-DM.

Pada bulan Ogos sahaja, sebanyak 15,695 unit Tiggo 8 berjaya dijual. Sebagai rujukan, Tiggo 8 Zhuoyue Edition ditawarkan pada harga antara 109,900 hingga 119,900 yuan (sekitar RM72,700 – RM79,500) dengan enjin 1.5TCI yang menghasilkan 154hp dan tork maksimum 230Nm.
Untuk generasi baharu ini, pelanggan boleh memilih dua gaya rekaan bahagian hadapan. Pilihan pertama menyerupai Tiggo 8 Plus sedia ada dengan lampu utama berasingan serta gril berbentuk X poligon, manakala pilihan kedua menampilkan lampu utama bersepadu bersama gril berlian poligon.
Bahagian belakang pula menonjol dengan lampu melintang penuh, logo “Chery” terletak di atasnya, serta dua muncung ekzos yang memberi sentuhan lebih moden.


Dari segi saiz, Tiggo 8 serba baharu berukuran 4,749mm panjang, 1,880mm lebar dan 1,710mm tinggi dengan jarak roda 2,825mm.
Ini menjadikannya 27mm lebih panjang, 20mm lebih lebar tetapi 35mm lebih rendah berbanding model sebelumnya, sementara jarak roda meningkat ketara daripada 2,710mm kepada 2,825mm.

Buat masa ini, spesifikasi enjin rasmi masih belum diumumkan. Namun, dijangka Chery akan menawarkan unit kuasa lebih berprestasi untuk melengkapkan penampilan terbaharu SUV ini.
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANTIK TAKASHI SAKAMAKI SEBAGAI CEO BAHARU
- BACA: WARD 10 BEST ENGINE SEDIH – 1 ENJIN SAJA MENANG. YANG LAIN SEMUA EV
- BACA: RASMI: KAWASAKI KLX 230S DAN KLX 230SM DILANCARKAN – DARI RM23,000
- BACA: PORSCHE TAYCAN TURBO GT CATAT MASA SUKU BATU TERPANTAS DI SYDNEY DRAGWAY!



