
WARD 10 BEST ENGINE SEDIH – 1 ENJIN SAJA MENANG. YANG LAIN SEMUA EV
Senarai pemenang Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems kali ini mencatat sejarah yang pelik kerana mempunyai jumlah paling sedikit pemenang bukan elektrifikasi iaitu hanya satu enjin pembakaran dalam (ICE) sahaja yang menang.
Ya, buat pertama kali dalam sejarah 31 tahun anugerah trenkuasa ini, 90% pemenang tahun 2025 adalah separa atau sepenuhnya elektrifikasi.
“Ketika industri automotif mula menjauhkan diri daripada garis masa jangka pendek untuk pemanduan semua-elektrik, pengguna di A.S. kini semakin menerima elektrifikasi terutamanya dalam bentuk hibrid,” kata Christie Schweinsberg, pengurus program Wards 10 Best serta juri Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems.
“Pemenang hibrid dalam senarai 2025 kami mencapai keseimbangan sempurna antara kuasa, kecekapan bahan api dan nilai. Malah, mereka juga merupakan antara trenkuasa paling kompleks yang pernah kami uji, sekali lagi membuktikan kepakaran jurutera automotif dalam menghasilkan spesifikasi hebat, kadangkala dengan bajet terhad.”
Seperti trend tahun lalu, trenkuasa hibrid paling mendominasi senarai pemenang, dengan lima model hibrid atau plug-in hibrid, berbanding empat trenkuasa semua-elektrik.
Bagaimana proses pemilihan dilakukan?
Untuk tahun ini, editor Wards menilai 28 calon, termasuk 20 kenderaan elektrifikasi terdiri daripada 10 model bateri-elektrik (BEV) dan 10 model hibrid. Daripada jumlah itu, terdapat enam hibrid standard, satu mild hybrid, dan tiga plug-in hybrid. Hampir semua calon hibrid menggunakan sokongan enjin 4 silinder, kecuali dua model dengan enjin V6, serta satu model BMW M5 PHEV yang menggunakan V8.
Selain itu, lapan model berenjin pembakaran dalaman (ICE) tanpa elektrifikasi turut diuji, antaranya Genesis GV80 dengan supercaj elektrik. Daripada kelompok ICE ini, terdapat dua V8, tiga 6 silinder dan tiga 4 silinder. Lapan daripadanya menggunakan sistem induksi paksa (turbo/supercharger), manakala satu sahaja, Toyota GR Corolla, masih mengekalkan transmisi manual.
Kapasiti enjin calon ICE bermula dari 1.6L 3-silinder GR Corolla (300 hp atau bersamaan 185.4 hp/L) hinggalah ke V8 berkembar turbo 5.5L dalam Chevrolet Corvette ZR1 yang memecahkan rekod dengan 1,064 hp.
BEV semakin bertenaga
Menariknya, banyak BEV yang diuji kini menampilkan kuasa ekstrem, setaraf malah melebihi V8 konvensional. Separuh daripada 10 BEV tersebut menghasilkan 600 hp atau lebih, termasuklah Cadillac Escalade IQ, Dodge Charger Daytona Scat Pack, Jeep Wagoneer S, Lucid Gravity danRivian R1T Quad Max
Daripada senarai itu, Charger Daytona (670 hp) dan Lucid Gravity (828 hp) berjaya masuk ke dalam kelompok pemenang 2025.
Sejarah & kriteria pemilihan
Selama 31 tahun, Wards 10 Best Engines menilai trenkuasa berdasarkan kuasa kuda, tork, tahap NVH (bunyi, getaran, kekasaran), kecekapan sebenar serta teknologi baharu. Had harga calon yang diperkenalkan sejak 1995 telah dihapuskan pada 2021, namun aspek nilai masih diambil kira.
Hanya trenkuasa baharu, dinaik taraf besar, atau pemenang tahun sebelumnya layak dicalonkan. Untuk 2025, setiap jenama yang menjual kenderaan ringan di A.S. boleh menghantar sekurang-kurangnya satu calon, dan jenama dengan jualan tahunan melebihi 350,000 unit boleh menghantar dua calon.
Enam calon tahun ini adalah pemenang terdahulu, termasuk dua trenkuasa hibrid seperti Ford F-150 dan Honda Civic yang menang semula selepas kejayaan pada tahun 2024. Untuk Honda, ini adalah tiga tahun berturut-turut memenangi trofi Wards 10 Best melalui sistem hibrid 2-motor mereka (Civic pada 2025, Civic/Accord pada 2024 & 2023).
Seperti tradisi, Wards tidak menyusun ranking kesemua 10 pemenang berada pada kedudukan setara.
Pemenang akan diprofilkan dalam artikel di WardsAuto bermula 9 Oktober, manakala majlis anugerah khas akan berlangsung pada 23 Oktober di Dearborn, Michigan.
Senarai Calon & Pemenang 2025 Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems (tulisan tebal)
- Acura ADX – 1.5L Turbo 4-silinder
- Audi Q5 – 2.0L Turbo 4-silinder
- BMW M5 – 4.4L Turbo V-8 PHEV
- BMW X3 – 2.0L Turbo I-4 mild hybrid
- Buick Enclave – 2.5L Turbo 4-silinder
- Cadillac Escalade IQ – Sistem Propulsi Elektrik
- Chevrolet Corvette ZR1 – 5.5L V-8 twin-turbo
- Dodge Charger Daytona – Sistem Propulsi Elektrik
- Ford F-150 – 3.5L Turbo V-6 HEV (pemenang berulang 2024)
- Genesis GV80 Coupe – 3.5L Turbo V-6 supercaj elektrik
- Honda Civic Hybrid – 2.0L I-4 HEV (pemenang berulang 2024)
- Hyundai Ioniq 5 N – Sistem Propulsi Elektrik (pemenang berulang 2024)
- Hyundai Ioniq 9 – Sistem Propulsi Elektrik
- Kia EV9 GT Line – Sistem Propulsi Elektrik (pemenang berulang 2024)
- Jeep Wagoneer S – Sistem Propulsi Elektrik
- Lexus LX 700h – 3.4L Turbo V-6 HEV
- Lucid Gravity – Sistem Propulsi Elektrik
- Mazda CX-50 – 2.5L 4-silinder HEV
- Mercedes-Benz GLC 350e – 2.0L Turbo 4-silinder PHEV
- Mercedes-AMG E53 – 3.0L Turbo I-6 PHEV
- Nissan Armada NISMO – 3.5L Turbo V-6
- Nissan Leaf – Sistem Propulsi Elektrik
- Ram RHO – 3.0L Turbo I-6 high output (pemenang berulang 2024)
- Rivian R1T Quad Max – Sistem Propulsi Elektrik
- Subaru Forester – 2.5L Boxer 4-silinder HEV
- Toyota GR Corolla – 1.6L Turbo I-3 (pemenang berulang 2024)
- Toyota 4Runner – 2.4L Turbo 4-silinder HEV
- Volvo EX90 – Sistem Propulsi Elektrik


