Motosikal

RASMI: KAWASAKI KLX 230S DAN KLX 230SM DILANCARKAN – DARI RM23,000

MODENAS dengan rasminya melancarkan motosikal Kawasaki KLX 230S dan KLX 230SM untuk pasaran tempatan ketika penganjuran Kawasaki Mega Trail 2025.

Menyedari terdapat permintaan bagi motosikal berkemampuan off-road, MODENAS memperkenalkan KLX 230S dan 230SM, masing-masing ditawarkan pada harga RM23,000 dan RM23,600.

*KLX 230S

Untuk makluman, model ditawarkan ini merupakan model yang telah dinaik taraf tahun lalu dengan fungsi ABS boleh dipadamkan, jarak pergerakan suspensi yang lebih baik dan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi. 

*KLX 230SM

Model terbaru ini menawarkan fork depan berukuran 37mm dengan jarak gerak 240mm berbanding 220mm sebelum ini dan Uni-Trak di belakang dengan jarak gerak 250mm berbanding 223mm sebelum ini. Sistem ABS juga didatangkan secara standard pada kedua-dua varian.

Atas kertas, KLX 230 dipacu enjin satu silinder 233cc SOHC dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 19.7hp pada 8,000rpm dan 17.9Nm pada 6,000rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Membezakan KLX 230S dan KLX 230SM adalah penggunaan tayar dengan versi enduro tampil dengan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang manakala versi supermoto pula dipadankan dengan rim 17-inci. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk panel meter digital LCD, lampu LED depan dan belakang, tangki bahan api berkapasiti 7.5L. 

GALERI: KAWASAKI KLX 230S

GALERI: KAWASAKI KLX 230SM

Google ads
Back to top button