Buletin

EON RAIH TUJUH ANUGERAH DI PROTON GLOBAL CONFERENCE & AWARDS 2026

Edaran Otomobil Nasional (EON) Berhad, anak syarikat DRB-HICOM Berhad, mencatat kejayaan membanggakan apabila merangkul tujuh anugerah pada majlis Proton Global Conference & Awards 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara pengiktirafan utama diterima ialah Best Corporate Sales Proton 2025, Proton Edar Highest Sales Volume (Group Dealership), Proton e.MAS Grand Award – Platinum (cawangan Glenmarie), Proton e.MAS Best Sales Volume Award serta Proton Edar Grand Award – Diamond (cawangan Damansara), sekali gus mencerminkan prestasi kukuh EON dalam segmen jualan kenderaan konvensional dan elektrik.

Komitmen EON dalam pembangunan bakat turut terserlah apabila seorang wakil jualan dari cawangan Glenmarie dinobatkan sebagai Best Sales Advisor for Proton e.MAS, hasil profesionalisme serta pendekatan mesra pelanggan.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial, menerima CEO Award 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh kedudukan EON sebagai antara kumpulan pengedar utama Proton di negara ini.

Menurut beliau, kejayaan tersebut adalah hasil usaha berpasukan dan komitmen berterusan dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan, di samping mempererat kerjasama strategik dengan Proton.

Proton Global Conference & Awards merupakan acara tahunan yang mengiktiraf pencapaian rangkaian pengedar Proton di peringkat global dalam aspek jualan, perkhidmatan selepas jualan dan kepimpinan industri.

Google ads
Back to top button