Buletin

FORD MUSTANG GTD LIQUID CARBON – INI BARULAH EKSTREM MAT!

Ford Mustang yang seringkali dikaitkan dengan aktiviti kurang berfaedah di kalangan pelajar apabila terjebak dengan skim MLM barangkali akan terhakis setelah melihat akan model yang satu ini. Inilah dia tuan puan, Ford Mustang GTD Liquid Carbon.

Melihatkan rupa luarannya yang barangkali agak ekstrem barangkali mengubah persepsi MLM terhadap pemiliknya. Falsafah untuk setiap pembuat yang mahukan kelajuan adalah pengurangan berat badan. Eh salah berat kereta. Tapi kalau joki serupa Panda dewasa pun tak boleh blah juga kan?

Untuk model ini, Ford telah melakukan sesuatu yang cukup ekstrem baik dari segi rupa luaran mahu pun fakta tentang dalaman Ford Mustang GTD Liquid Carbon ini. Ford Mustang GTD ini telah diberikan bahan gentian karbon hampir di setiap bahagian luaran, dengan tanpa memerlukan sebarang cat yang perlu dilayangkan Sekali gus memberikan penjimatan berat yang diperlukan. Oh ya, bukannya pelekat Carbon Fiber ya adik kakak.

Bonet hadapan dan belakang, Wing, fender, panel sisi jelas menampilkan penggunaan bahan gentian karbon banyaknya entah berapa pulak kos penghasilkan untuk dapatkan visual yang cukup garang seperti ini.

Ford Mustang GTD Liquid Package ini turut menggunakan angkup brek Brembo berwarna hitam bagi tampil senada dengan badan kereta. Barulah nampak garang.

Bahan gentian karbon ini juga sebenarnya turut digunakan pada bahagian panel pintu bagi menggantikan kepingan logam yang berat. Dan menurut Ford, berat keseluruhan model Ford Mustang GTD Liquid Package ini berjaya dikurangkan hampir enam kilo berbanding model Ford Mustang GTD sendiri.

Menurut Ford, model ini boleh dipesan berserta dengan pakej prestasi namun penebat bunyi telah dibuang bagi mengurangkan berat serta penggunaan rim ringan diperbuat daripada Magnesium. Pun begitu, interior dalaman masih lagi menyerupai sebuah Ford Mustang dan tidaklah ada hanya tempat duduk dan papan pemuka sahaja.

Bahagian dalamannya masih lagi mengekalkan tema hitam gelap dengan balutan kulit berwarna hitam dan juga suede Dinamica bahan microfiber dengan sulaman berwarna lime untuk tempat duduk, panel pintu dan juga konsol tengah.

Enjin V8 5.2 liter bersama transmisi transaxle lapan kelajuan seperti biasa mampu menghasilkan lebih daripada 800 kuasa kuda!

BACA : FORD MUSTANG GTD SPIRIT OF AMERICA – YANG INI BARULAH KERETA SESUAI UNTUK SEORANG CROWN MANAGER MLM 2025

BACA : FORD MUSTANG GTD 800 KUASA KUDA, KETUA MLM TERBARU

Google ads

B K

Back to top button