Motosikal

YAMAHA RX-Z 2010 99 PERATUS ORI MOTOR UNTUK DIJUAL – RM88K

Setiap kali acara RX-Z Members semakin menghampiri ada sahaja berita menarik yang akan berlegar di media sosial berkenaan dengan motosikal Yamaha RX-Z.

Kali ini, perkongsian di laman Facebook milik Iqbal Jelani mencuri tumpuan ekoran mengiklankan penjualan sebuah motosikal RX-Z keluaran 2010 dengan harga jualan RM88,000.

Menurut maklumat dikongsikan, motosikal berkenaan adalah dalam keadaan 99 peratus ori motor (komponen asli) dengan geran didaftarkan pada tahun 2011.

Akaun tersebut turut menyatakan bahawa tayar juga masih lagi “ori motor” keluaran 2010, minggu ke-42 selain enjin tidak pernah dibuka dan motosikal bebas restore.

Harga jualan tinggi bagi RX-Z bukanlah satu kejutan ekoran sebelum ini beberapa kali motosikal tersebut dijual pada harga sedemikian rupa.

Google ads
Back to top button