Buletin

GAC AION PERKENAL UT SUPER – EV PERTAMA DENGAN SISTEM BATERI TUKAR SEGERA

GAC Aion kini menampilkan model elektrik terbaru mereka, Aion UT Super, yang memperkenalkan teknologi pertukaran bateri pantas CATL Choco-SEB (Swapping Electric Block).

Sistem ini membolehkan pemandu menukar bateri dalam masa hanya 99 saat, menjadikannya EV penumpang pertama yang menggunakan teknologi pertukaran bateri CATL, sebelum ini hanya diperkenalkan untuk teksi.

Aion UT Super menggunakan pelbagai pilihan bateri dari sistem modular CATL:

  • #20 LFP: 42kWh, jarak sejauh 400km
  • #20 NCM: 52kWh, jarak sejauh 500km
  • #25 LFP: 56kWh, jarak sejauh 500km
  • #25 NCM: 70kWh, jarak sejauh 600km

Model UT Super dilengkapi #25 bateri 54kWh, membolehkan perjalanan sehingga 500km menurut penilaian CLTC. Kereta ini adalah hatchback lima tempat duduk dengan dimensi 4,270mm panjang, 1,850mm lebar, dan 1,575mm tinggi, serta jarak roda 2,750mm — sesuai untuk pemanduan bandar dengan ruang kabin yang selesa.

Harga Mampu Milik:

  • ¥89,900 (RM180,000) termasuk bateri
  • ¥49,900 (RM100,000) dengan pilihan sewa bateri
  • Tawaran pelancaran: ¥85,900 (RM172,000) termasuk bateri atau ¥45,400 (RM91,000) untuk sewa bateri

Dengan penetapan harga yang kompetitif ini, UT Super menyasarkan golongan muda China yang mencari EV mampu milik.

GAC Aion bertanggungjawab dalam pengeluaran, CATL membekalkan teknologi bateri canggih, manakala JD.com mengurus pemasaran digital, data pelanggan, dan sokongan selepas jualan melalui platform e-dagangnya.

Sehingga 8 November, CATL mengendalikan lebih 800 stesen pertukaran bateri di China, dengan sasaran 1,000 stesen menjelang akhir tahun.

Bagi 2026, syarikat mensasarkan 2,500 stesen di 120 bandar, mengukuhkan infrastruktur untuk pengguna EV.

Walaupun penjualan GAC Aion merosot pada Oktober dengan 28,199 unit, turun 26 peratus YoY, syarikat menjangkakan UT Super mampu meningkatkan permintaan.

Dari Januari hingga Oktober, jumlah jualan terkumpul mencecah 209,615 unit, turun 20.87 peratus tahun ke tahun.

Dengan sistem pertukaran bateri pantas, reka bentuk kompak, dan harga mesra bajet, Aion UT Super dilihat sebagai langkah penting GAC Aion dalam memperkukuh barisan EV mereka.

Google ads
Back to top button