Buletin

GEELY GALAXY A7 BAHARU – REBADGE JADI PROTON PERDANA PUN SEDAP JUGA NI KAN

Geely telah memperkenalkan sebuah model serba baharu, sedan keluarga yang sememangnya direka untuk mereka yang mementingkan ruang, keselesaan serta fungsi.

Diinspiraskan daripada prinsip estetik Timur, model ini memiliki tubuh yang langsing, luas, dan seimbang dengan ukuran 4,918 mm panjang, 1,905 mm lebar, 1,495 mm tinggi dan 2,845 jarak titik roda. Dengan dimensi sebegini, sememangnya model Geely Galaxy A7 ini berupaya menjadi pesaing dalam Segmen D.

Bahagian luaran, rekaan lampu utamanya berinspirasikan daripada gelombang lembut West Lake, China manakala lampu belakang bersimbolkan matahari terbit untuk tampil lebih elegan dan eksklusif. Berbanding saudaranya model Geely Galaxy Starshine 8 yang tampil lebih sporty barangkali Geely Galaxy A7 ini lebih sesuai untuk mereka yang tidak mahu tampil dengan lebih perhatian di atas jalanraya.

Reka bentuk luaran dari fascia hadapan sehingga ke belakang menampilkan rekaan agak aerodinamik terutamanya rekaan garisan bumbung membawa ke bahagian but belakang dengan terdapat seperti garisan kecil pada hujungnya untuk tampil memberikan sedikit kestabilan aero.

Padanan roda aloi berbilang bilah bersaiz 19 inci memberikan imej dan kesan yang lebih mewah terhadap model ini. Cuma konsep pemegang pintu tipikal jenis tarik dan bukannya tersembunyi di sebalik pintu membuatkannya barangkali tampil sedikit biasa berbanding model sekelasnya.

Reka bentuk dalaman mendapat inspirasi daripada konsep halaman tradisional Cina, mewujudkan ruang yang mengimbangi keanggunan dengan keselesaan.

Agak ketara penggunaan paparan skrin sistem infohiburan bersaiz 15.4 inci yang pastinya akan menggunakan perisian terkini daripada  Flyme Auto serta paparan kluster meter digital bersaiz 12.3 inci untuk pemandu. Juga terdapat lampu ambien yang boleh dipilih pemandu untuk menyesuaikan mood pemanduan di dalam kabin.

Untuk trenkuasa, Geely Galaxy A7 ini akan menggunakan sistem PHEV AI Hybrid 2.0 yang lebih maju dengan jarak pemanduan melebihi 2,100 km yang dipadankan dengan enjin NA 1.5 liter dan juga motor elektrik.

Model ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.

BACA : GEELY LANCAR JIAJI (EXORA) FACELIFT DI CHINA. REKAAN INFINITE WEAVE, PILIHAN VERSI PHEV, BERMULA RM77K

BACA : INI ADALAH YANG MENARIK TENTANG GEELY GALAXY STARSHIP 7 EM-I 2025

Google ads

B K

Back to top button