Buletin

SKODA LK 130 CONCEPT – KHAS UNTUK PASUKAN BASIKAL LUMBA

Sememangnya menjadi kelazminan untuk Škoda Vocational School apabila tamatnya sesi pembelajaran untuk setiap sesi bagi menghasilkan sebuah model konsep yang agak istimewa. Dan kali ini, sejumlah 28 orang pelajar telah mengubah model asal Skoda Superb Combi kepada sebuah model kenderaan penyokong untuk pasukan lumba basikal.

Model konsep yang diberi nama Skoda LK 130 serta layangan warna istimewa ini sebetulnya sebagai memberikan penghormatan kepada sejarah Skoda Auto sendiri yang telah berusia 130 tahun semenjak dari tahun 1895 dengan pengeluaran model asal adalah sebuah basikal. Yang mana kemudiannya barulah pengasas Václav Laurin dan Václav Klement mula merancang dan menghasilkan motosikal dan kereta di bawah jenama L&K.

Malah Skoda Auto masih lagi mengekalkan hubungan mereka dengan pem-basikal-an dan acara perlumbaannya apabila tampil sebagai penyokong untuk acara berbasikal antarabangsa termasuklah untuk Tour de France dan juga pengenalan Red Car Skoda. Model Skoda LK 130 juga turut akan dipamerkan ketika edisi perlumbaan ke 112 Tour de France nanti.

Dengan sokongan guru dan pakar dari pelbagai jabatan, para pelatih telah melaburkan lebih daripada 2,000 jam kerja dalam perancangan, pembangunan dan penghasilan Škoda L&K 130. Ia adalah Kereta Pelajar pertama yang dibina berdasarkan Superb Combi dan yang pertama menggunakan sistem pemanduan hibrid plug-in.

Dengan keupayaan jarak perbatuan berdasarkan model standard Skoda Superb Combi, ianya dilihat cukup bersesuaian untuk dijadikan sebagai model kenderaan penyokong untuk acara basikal lumba. Paling penting, ianya menawarkan ruang yang luas, yang menjadikan Škoda L&K 130 kenderaan sokongan yang ideal untuk perlumbaan basikal profesional.

Para pelajar telah berjaya merubah daripada sebuah model estate / wagon kepada sebuah trak bagi merealisasikan model ini. Kenderaan itu kini mempunyai tingkap belakang baru di belakang tempat duduk belakang yang memisahkan bahagian dalam dari kawasan pemuatan terbuka. Ia dilengkapi dengan mekanisme pengangkut basikal terintegrasi yang baru untuk mengangkut dan menyediakan basikal ganti dengan cepat.

Kerja seterusnya termasuklah memotong bumbung kereta di Pillar C serta memperkukuhkan Pillar B dan C. Bahagian dinding belakang juga telah direka baru untuk ruang penumpang belakang lengkap dengan tingkap. Malah pintu belakang juga telah direka semula agar boleh dibuka secara gelongsor ke belakang.

Ruangan kargo di belakang kini boleh dipanjangkan untuk memuatkan basikal / alat ganti tambahan sekiranya diperlukan selain daripada rel bumbung yang juga mampu menempatkan basikal.

Di bahagian ruangan dalaman terdapat beberapa peralatan / kemasan terkini seperti komunikasi radio, dan juga kotak simpanan besar yang membolehkan air minuman sejuk disimpan.

BACA : ALKISAH RED CAR SKODA DAN TOUR DE FRANCE

BACA : SKODA ROADIAQ – SATU LAGI HASIL KARYA PARA PELAJAR SKODA VOCATIONAL SCHOOL YANG POWER

Google ads

B K

Back to top button