Buletin

HARGA SILING MINYAK AKAN DILAKSANAKAN BERMULA APRIL – APA MAKSUDNYA?

Kerajaan telah memutuskan akan melaksanakan harga siling bahanapi bermula bulan hadapan. Ia dikatakan memberi persaingan sihat kepada pengusaha stesen minyak dan manfaatnya akan diperolehi oleh pengguna.

Ia disahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin. Beliau memberitahu, harga siling tersebut akan diumumkan pada setiap minggu berdasarkan harga semasa, berbanding mekanisme sekarang penetapan harga sebulan sekali. Ia akan diumumkan pada setiap Isnin atau Sabtu.

Bagaimana mekanisme harga siling ini dilakukan?

Begini, katakan harga siling yang ditetapkan pada minggu pertama April ialah RM2.00, pengusaha bebas meletakkan harga jualan asalkan ia tidak melebihi RM2.00. Pengusaha juga perlu melakukan inisiatif sendiri untuk membolehkan mereka menarik pelanggan ke stesen masing-masing.

Papan tanda harga siling ini akan diletakkan pada setiap stesen untuk memberitahu pengguna tentang harga minyak semasa. Jadi, pengguna boleh memilih untuk mengisi minyak di stesen yang menawarkan harga terbaik.

Sejak semalam, mekanika telah dihubungi oleh beberapa orang yang memberi pendapat berbeza termasuklah pengusaha stesen minyak sendiri. Setelah memerhatikan secara kritis, kami mendapati mekanisme ini hanya bagus kepada pengguna, namun ia dari segi teori. Apapun, kami akan mengulas isu ini dalam masa terdekat.

BACA: JERMAN HARAMKAN ENJIN PETROL MENJELANG 2030

BACA: BHPETROL NAIKTARAF DISEL EURO5 DAN EURO 2M

 

 

 

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button