Buletin

RANGE ROVER VELAR – PESAING BARU BMW X4 & MERCEDES GLC COUPE

Land Rover baru-baru ini memperkenalkan sports crossover terbaharunya, Range Rover Velar sebelum ia melakukan debut global pada acara Geneva Motor Show 2017 minggu depan.

Velar akan mengisi ruang di antara model Evoque dan Sport. Jentera itu dijangka dapat menarik minat bakal pembeli model pesaingnya seperti BMW X4, BMW X6, Mercedes-Benz GLC Coupe dan Mercedes-Benz GLE Coupe.

Melihat dar segi luarannya, Velar jelas mengambil inspirasi rekaan Evoque (terutama pada bahagian hadapan) dan Sport. Bagaimanapun, ia tampil dengan garis yang lebih lembut berbanding kedua-dua model tersebut.

Bagi pasaran Amerika Utara, Land Rover bakal menawarkan dua pilihan enjin petrol iaitu 2.0 liter turbocharged berkuasa 247hp dan supercharged V6 bersesaran 3.0 liter dengan kuasa 380hp. Manakala enjin diesel 2.0 liter mampu menjana kuasa 180hp. Semua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Pengguna di pasaran Eropah pula diberi lebih banyak pilihan enjin. Antaranya termasuklah enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter dengan kuasa 180PS dan 240PS, 3.0L V6 (petrol) berkuasa 250PS 2.0L dan 380PS serta enjin diesel 3.0 liter V6 300PS. Sementara varian SVR berprestasi tinggi yang mungkin disumbat dengan enjin V8 dijangka ditawarkan tidak lama lagi.

Menjengah ke bahagian kabin, Velar memiliki rekaan yang hampir sama dengan model Range Rover lain. Bezanya, Velar kini menggunakan skrin sentuh ultra lebar baharu bersaiz 10 inci.

Ruang atas konsol tengah dihuni oleh sistem infotainmen. Land Rover menggelar talaan baru sistem infotainmen itu sebagai “Touch Pro Duo”. Ia hadir bersama pemproses Intel quad core, pacuan 60GB solid-state drive berkelajuan tinggi dan rangkaian Ethernet ultra pantas.

Bahagian bawahnya pula mengekalkan tiga butang yang mudah dicapai untuk mengawal pendingin hawa. Praktikaliti Velar ditingkatkan menerusi ruang kargo seluas 632 liter. Apabila tempat duduk belakang dilipat, ruang seluas 1,731 liter sedia untuk digunakan.

Ciri lain yang wajar disentuh ialah lampu utama jenis Matrix-Laser LED. Ia berupaya memancarkan lampu sejauh 550 meter, pintu belakang berkuasa yang dikawal menerusi gestur dank luster instrumen digital bersaiz 12.3 inci.

Tidak seperti Jaguar F-Pace, Velar hanya didatangkan dengan pacuan semua roda bersama rangkaian sistem off-road Land Rover seperti Terrain Response dan Hill Descent Control (HDC).

Ditawarkan pada harga sekitar AS$49,900 (RM222,280) di pasaran Amerika Utara, Velar dijangka dijual bermula musim panas ini.

BACA: ENJN JAGUAR LAND ROVER DICURI DALAM MASA 6 MINIT DI UK

BACA: SUV JAGUAR F-PACE – BERMULA RM598,800 SEUNIT

GALERI 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button