Artikel Pilihan

HONDA CIVIC FE SKOR 5 BINTANG UJIAN PENILAIAN KEMALANGAN ASEAN NCAP

Honda Civic FE yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini sebenarnya telahpun menjalani ujian kemalangan yang dikelolakan ASEAN NCAP dan mendapat skor 5 bintang secara keseluruhannya iaitu pencapaian tertinggi yang ditawarkan dalam aspek keselamatan. Honda Civic ini mendapat markah 83.47% daripada 4 penilaian ASEAN NCAP

Untuk penilaian secara khusus, Honda Civic FE mendapat markah 36.59% (markah penuh 40) bagi ujian perlindungan penumpang dewasa dengan penawaran 6 beg keselamatan udara apabila cesi Honda Civic diuji dengan perlanggaran dari arah depan, sisi dan teknologi perlindungan yang ditawarkan untuk bahagian kepala penumpang

Bagi perlindungan kanak-kanak, Honda Civic FE mendapat skor 18.32% (markah penuh 20) dengan ujian perlanggaran depan, belakang serta cara pemasangan kerusi keselamatan bayi. Honda Civic FE juga dipasang dengan ISOFIX “i-size” yang mematuhi peraturan ECE R123 bagi memastikan kerusi bayi dengan ISOFIX lebih mudah dipasang dan menawarkan perlindungan kemalangan sisi yang lebih baik

Dalam aspek teknologi bantuan keselamatan, selain datang dengan ciri Vehicle Stability Assist, Honda Civic FE juga datang dengan sistem amaran peringatan pemakaian tali pinggang keselamatan, brek pra-perlanggaran (dengan kebolehan mengesan motosikal), Lane Departure Warning System, Forward Collision Warning System, Lane Keep Assist, dan Driver Attention Monitor pada semua varian membolehkan Honda Civic FE mendapat skor 18.16% (markah penuh 20)

Dalam aspek Motorcyclist Safety, Honda Civic FE mendapat skor 2.32 untuk teknologi titik buta, skor 2.0 untuk teknologi Auto High Beam, skor 2.0 untuk perlindungan pejalan kaki serta mendapat markah tambahan 2.0 dengan penggunaan brek pra-perlanggaran yang boleh mengesan motosikal. Dalam aspek ini Honda Civic FE mendapat skor 8.32

Dalam semua aspek yang dinilai, ini memberikan markah ujian perlanggaran Honda Civic FE ialah 83.47%. Anda boleh memuat turun laporan penuh ujian ini di SINI

Google ads
Back to top button