ISTERI HADIAHKAN CRISTIANO RONALDO CADILLAC ESCALADE BERHARGA RM845K
Cristiano Ronaldo tiba di pusat latihan Manchester United bersama kereta baharu berharga £150,000 (RM848,997). Penyerang Manchester United itu mencapai usia 37 tahun Sabtu lalu.
Pasangannya yang sedang mengandung, Georgina Rodriguez menghadiahkan sebuah Cadillac Escalade itu bersama sebuah kek bersaiz besar.
Dia memuat naik video Ronaldo menerima hadiah berkenaan dan anak-anak mereka gembira bermain di dalam kereta berkapasiti lapan tempat duduk itu di Instagram.
Sedia maklum bahawa Cristiano sudah memiliki banyak koleksi kereta mewah selepas ditunjukkan oleh Rodriguez dalam satu rancangan realiti terbitan Netflix bertajuk ‘I Am Georgina’.
Memandangkan keluarga selebriti itu kian semakin membesar, Cadillac Escalade membolehkan Rodriguez dan pengawal peribadi mereka menghantar anak-anak ke sekolah dengan selesa dan bergaya. – AGENSI
- BACA: PONTENG LATIHAN, RONALDO PERGI KILANG FERRARI. BELI MONZA SP1 BERHARGA RM8.16 JUTA
- BACA: BOSAN DUDUK RUMAH, RONALDO BELI BUGATTI CENTODIECI BERHARGA RM46 JUTA
- BACA: SERGIO AGUERO HADIAHKAN RANGE ROVER EVOQUE, JAM TANGAN MEWAH KEPADA STAF MAN CITY
- BACA: BINTANG MU BAYAR PARKIR JENTERA ROLLS ROYCE SEBANYAK RM31K!!!