Artikel PilihanBuletin

HONDA CIVIC TYPE-R FK8 MUNGKIN BERDEPAN MASALAH

Pada penghujung bulan hadapan United Kingdom secara rasminya akan meninggalkan Kesatuan Eropah(EU) dan setakat ini, tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

Pada 29 Mac adalah hari untuk apa yang telah digelar Brexit dan pembuat kereta dengan operasi pengeluaran di UK kin mula merancang situasai yang bakal berlaku apabila sekatan tersebut bermula.

Pengeluar seperti Aston Martin, McLaren, dan Bentley telah membuat pelan perlindungan masing-masing untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit namun lebih banyak pembuat kenderaan utama seperti Ford juga terpaksa mengambil langkah-langkah perlindungan diri yang serius.

BACA: ROLLS ROYCE DAN MINI MUNGKIN TUTUP KILANG AKIBAT BREXIT

Tetapi bagaimana dengan Honda? Ia mempunyai kemudahan pengeluaran UK yang membina Civic Type R. Menurut laporan dari Reuters, Honda UK sedang mempersiapkan untuk membina inventori atau stok penuh hadapan di beberapa pengeluaran di kilangnya di Swindon, England.

Matlamat yang jelas adalah untuk mengelakkan sebarang isu rantaian bekalan bahan yang akan memberikan kesan terus kepada  pengeluaran dan edaran. Ia bukanlah masalah besar untuk memasang dan mengeksport Civic ini, tetapi kebimbangannya adalah bekalan bahagian-bahagian biasa.

Tanpa bekalan yang berterusan terhadap bahagian-bahagian yang diimport, tidak akan ada sebuah kereta pun yang boleh dibina dan itu boleh diterjemahkan kepada masalah yang serius. Kilang Swindon mendapat bekalan dari pembekalnya di sekitar Eropah.

Google ads
Back to top button