Buletin

KESAN BREXIT: ROLLS ROYCE DAN MINI MUNGKIN TUTUP KILANG DI UK

BREXIT atau singkatannya Britain Exit adalah polisi keluarnya negara Britain dari kesatuan Eropah. Satu referendum telah diperolehi pada 2016 dan penduduk Britain mengundi dan akhirnya majoriti memilih untuk keluar dari EU.

Ia adalah sebagai respon kepada hak kependudukan Britain yang hilang kepada imigran. Sentimen liberalisme ekonomi dilihat merugikan Britains ecara keseluruhannya. Walaupun ramai pihak berpendapat ia usaha yang bagus untuk mengekalkan momentum ekonomi domestik, ia memberi kesan yang berbeza kepada industri serantau.

BACA: EROPAH BAKAL HARAMKAN ENJIN PETROL/DISEL

Seperti yang dijangka, industri automotif mendapat tempiasnya. Syarikat automotif telah memberi amaran sejak tahun lepas lagi bahawa sebarang perubahan polisi dan peraturan memberi kesan langsung kepada mereka yang beroperasi di UK. 

Terbaru, pengeluar kenderaan mewah Rolls Royce dan anak syarikat BMW, Mini telah membayangkan terpaksa menghentikan operasi pengeluaran mereka di Britain atas beberapa faktor.

Pertamanya, sudah mula timbul masalah masalah edaran bekalan. 

“Kami sentiasa tegas memberitahu bahawa akan lakukan yang terbaik dan bersedia untuk sebarang kesan langsung Brexit. Namun bila bekalan bahan kami tersangkut di sempadan, tiada apa yang boleh kami lakukan. Kami tak dapat pasang kereta dan kilang terpaksa berhenti,” ujar pengurus kastam BMW Stephan Freismuth.

Kerajaan UK masih belum menyiapkan perjanjian akhir antara kastam dan dengan Kesatuan Eropah (EU). Dianggarkan sebanyak 90 peratus bekalan bahan BMW yang digunakan di fasiliti pemasangannya di Swindon, Hams Hall dan Oxford datangnya dari sekitar Eropah.

Potensi kos import yang meningkat tidak memungkinkan perniagaan diteruskan di bumi UK.

Malah, jika penyelesaian berhaya ditemui pun, terdapat situasi yang jelas “Jika bekalan peralatan tak dapat sampai ke kilang pada waktu yang ditetapkan, ia mengganggu kelancaran operasi, Ujar BMW.

Buat masa ini, BMW yang memiliki Mini dan Rolls Royce masih mengharapkan ada jalan keluar kerana perpindahan operasi juga bukanlah perkara yang mudah dan melibatkan kos yang tinggi.

 

 

 

Google ads
Back to top button