BuletinMotosikal

VINALES DAN ROSSI LANCAR MX KING & MT-15 DI INDONESIA

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Sebuah pasaran sebesar Indonesia sudah pastinya mempunyai signifikan sendiri dalam setiap model yang dihasilkan. Bukan sahaja produk, malah pelancarannya juga perlu dibuat dengan bergaya.

Semalam, Yamaha Indonesia melantik duta MotoGP Yamaha Maverick Vinales dan Valentino Rossi untuk melancarkan dua buah motosikal baru 2019 – MX King 150 dan MT-15.

Menurut Naib Presiden Yamaha Indonesia, Dyonisius Beti, Indonesia adalah istimewa kerana terpilih sebagai venue pelancaran pasukan Yamaha MOtoGP dan kehadiran Vinales dan Rossi melonjakkan populariti dua buah motosikal moped dan sport yang digemari di pasaran tempatan itu.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Yamaha MT-15 dikuasakan oleh enjin 155 cc VVA Liquid Cooled yang mampu menghasilkan tenaga maksimum di 14.2 kW pada 10.000 RPM dan tork 14.7 Nm pada 8.500 RPM. Ia dijual secara rasmi dengan harga Rp34.950.000 atau RM10,220.00.

Sementara itu, Yamaha MX King 150 pula dikuasakan enjin Fuel Injection 149 cc, SOHC, 5 kelajuan. enjin ini menghasilkan 11.3 kW/ 8.500 RPM dan tork 13.8 kW/ 7.000 RPM.

MX KIng 150 dijual pada harga Rp 22.900.000 atau RM6,700 dan Rp 23.200.000 (RM6,800) untuk edisi Movistar.

Tags
Google ads
Back to top button