Artikel Pilihan

TOYOTA BERJAYA BANTU LELAKI BUTA INI MEMANDU SEMULA…

Memandu kenderaan bagi orang kurang upaya adalah satu cabaran. Mereka mungkin hanya terhad kepada kerusi roda yang menggunakan kawalan tangan. Tetapi bagaimana jika kehilangan keupayaan untuk melihat? Sudah tentu memandu ianya mustahil.

Dr Amit Patel hilang penglihatannya pada tahun 2013 dan beliau hilang salah satu keseronokan terbesar dalam hidupnya – memandu kereta. Beliau tidak pernah terfikir dapat memandu semula tetapi dengan bantuan dari Toyota, beliau dapat memandu di salah satu trek yang paling terkenal di dunia.

Dr. Patel pernah menjadi pasukan sokongan bagi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di UK yang telah dilatih untuk memandu ketika situasi kecemasan. Walaupun tidak lagi mampu melihat, Dr. Patel masih mempunyai kemahiran memandu yang sangat baik.

Usaha ini dilakukan sebagai sebahagian daripada program Toyota’s Start Your Impossible Movement, sebuah kempen global untuk membantu orang “mengatasi halangan untuk pergerakan dan pencapaian peribadi” dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Antarabangsa.

“Sudah enam tahun lebih saya tidak memandu kenderaan, sangat lucu bila mengenangkan keadaan kembali dahulu – bunyi enjin, penukaran gear, klac, dan brek dan kemudian memandu. Peliknya, anda tidak tahu di mana anda memandu, itulah bahagian paling gila, “kata Patel.

Mark Watkins, seorang instruktor perlumbaan yang berpengalaman dalam mengajar orang buta berkata, “Amit adalah pemandu. Apa yang mengagumkan saya sepanjang trek ini adalah bagaimana dia memandu begitu lancar.”

“Saya memberi tumpuan kepada arahan, menumpukan kepada apa yang dikatakan Mark,” kata Patel.

“Saya cenderung untuk melupakan bahawa saya tidak dapat melihat, ia adalah gila untuk berfikir bahawa saya sebenarnya melakukan ini. Berada di trek ujian, memandu GT86, itu adalah mimpi yang menjadi kenyataan. “

Ini adalah trek ujian Dunsfold, yang menjadi trek terkenal rancangan BBC Top Gear.

Selepas beberapa pusingan latihan dengan Toyota Yaris, Patel menamatkan pengajian dengan Toyota 86 yang dengan mencatatkan 1:46.58 saat pusingan kedua (yang meletakakn beliau di tempat kelima di kalangan selebriti yang pernah memandu di sini).

Google ads
Back to top button