Buletin

HYUNDAI HND-9

Jenama pengeluar kenderaan paling pantas berkembang, Hyundai Motor Co. baru-baru ini melakukan debut dunia model HND-9 pada pameran Seoul Motor Show.

“HND-9 memberikan para pelanggan gambaran awal mengenai model-model sports coupe mewah akan datang Hyundai. Ia mewakili evolusi falsafah reka bentuk Fluidic Sculpture Hyundai. Jentera pacuan roda belakang ini mengimbangi aspek prestasi dengan imej yang sofistikated,” kata Ketua Pusat reka Bentuk Hyundai di  Namyang, Korea, Suk-Geun Oh.

mekanika -hyundai konsep

HND-9 merupakan model konsep kesembilan yang dibangunkan oleh Pusat R& D Hyundai Motor Group di Namyang. Ia dibina berdasarkan kepada interpretasi semula model sports coupe premium klasik, elegan dan moden bersama perincian sofistikated.

Jentera itu nampak dramatik dengan bonet dan tapak roda yang panjang. Ia hanya setinggi 1,340mm.

Sports coupe itu dijana oleh unit enjin diesel turbo GDi bersesaran 3.3 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Enjin tersebut mampu menghamburkan kuasa sehingga 370PS.

Garis tubuh yang kemas bermula dari lampu hadapan hingga ke but belakang. Sementara gril radiator berbentuk heksagon menjadi testimoni kepada karekter HND-9 yang penuh kuasa.

mekanika -hyundai konsep 3

HND-9 hadir bersama pintu jenis ‘butterfly’, ekzos berkembar dan rim aloi bersaiz 22 inci yang diperbuat daripada material gabungan karbon.

Ruang kabin HND-9 pula direka agar moden, berteknologi tinggi dan mewah. Berpaksikan kepada konsep gayaan Spiral Sculpture (diambil daripada falsafah reka bentuk Fluidic Sculpture), ia menampilkan kerangka keluli yang dinamik pada keseluruhan ruang dalamannya.

Tempat duduknya pula diperbuat daripada fabrik jaring yang memaparkan warna berbeza apabila dilihat dari sudut berlainan.  Berorietasikan kepada pemandu, paparan antara mukanya cukup futuristik dan dimodel berdasarkan kepada kokpit pesawat.
[hr]

Galeri

mekanika -hyundai konsep 2mekanika -hyundai konsep 6

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button