Buletin

HYUNDAI & KIA TARIK BALIK 1.9 JUTA KENDERAAN

Pengeluar kenderaan terbesar Korea Selatan, Hyundai Motor Co. dan Kia Motors Corp. dilapor memanggil semula hampir dua juta unit kenderaan mereka di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan berikutan masalah komponen eletronik.

Insiden itu menyebabkan saham kedua-dua jenama tersebut jatuh. Memetik laporan Bloomberg Businessweek, dianggarkan 1.1 juta kenderaan Hyundai dikatakan mengalami kerosakan yang membuatkan lampu brek tidak menyala dan sistem kawalan jelajah (cruise control) gagal berfungsi. Kia pula akan memanggil 623,658 unit kenderaan atas masalah sama.

hyundai recall (3)

“Kegagalan tersebut meningkatkan risiko berlakunya kemalangan,” kata Hyundai dalam laman web Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan AS.  Pada tahun lalu sahaja, kedua-dua pengeluar itu telah menjual sebanyak 1.26 juta unit kereta dan trak ringan di AS.

Hyundai dan Kia juga akan mengambil langkah sama ke atas 160,000 unit kenderaan di Korea Selatan.

Proses itu melibatkan model Hyundai Accent dan Tucson yang dikeluarkan dari tahun 2007 hingga 2009, Elantra (2007 – 2010), Santa Fe (2007 – 2011), Veracruze (2008 – 2009), Genesis Coupe (2010 – 2011) serta Sonata keluaran tahun 2011.

Sementara model Kia yang terjejas ialah Kia Rondo dan Sportage tahun 2007 hingga 2010, Sorento (2007 – 2011), Sedona (2007), Soul (2010 – 2011) dan Optima (2011).

hyundai recall (1)

Menurut jurucakap Hyundai yang berpangkalan di AS, Jim Trainor, suis-suis yang rosak itu menyebabkan komponen elektronik terlibat tidak dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya. Namun, ia tidak menjejaskan prestasi membrek.

“Kami sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” kata Hyundai ketika dihubungi oleh pihak Bloomberg Businessweek.
[hr]

Galeri

hyundai recall (2)hyundai recall (4)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button