Motosikal

TOPI KELEDAR SHARK RAW

Pengeluar topi keledar terkemuka dunia, SHARK baru-baru ini memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya yang dikenali sebagai RAW.

RAW mengetengahkan konsep topi keledar jet pejuang. Gayaan agresif itu digabungkan dengan kejuruteraan inovatif SHARK dan pembangunan produk yang mengagumkan. Topi keledar itu kemudian dimasukkan dalam rangkaian produk divisyen’ urban Metro’ keluarannya.

Bersama rekaan unik dan asli, RAW dilihat boleh diadaptasi dan sesuai untuk rangkaian penunggang motosikal yang luas. RAW boleh dipakai meneursi tiga cara iaitu topi keledar open face, bersama gogel (goggles) atau hanya dengan gogel dan topeng muka.

mekanika - shark Raw 2

Hanya seberat 1.3 kilogram, RAW padat dengan ciri teknikal seperti sistem pengudaraan bersepadu, gogel yang mudah ditanggalkan dengan lensa berkualiti tinggi jenama Zeiss dan kemasan anti kabus.

Ia juga dilengkapi dengan sistem SHARKTOOTH (berfungsi seperti Bluetooth), selain bahagian dalaman yang  diperbuat daripada buluh semula jadi dan boleh dibasuh.

mekanika - shark Raw 6

RAW tampil dalam pelbagai reka bentuk dan ditawarkan pada harga sekitar £189.99 (RM893) hingga £209.99 (RM987) di pasaran United Kingdom. Untuk pasaran Malaysia, masih belum dpapat dipastikan adakah ia akan ditawarkan.
[hr]

Galeri

mekanika - shark Raw 3mekanika - shark Raw 4mekanika - shark Raw 7mekanika - shark Raw 5mekanika - shark Raw

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button