Buletin

INNOVA SERBA BAHARU DILANCARKAN, KINI DIIKTIRAF EEV, HARGA BERMULA RM109K

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengimport dan pengedarsah tunggal bagi kenderaan Toyota di Malaysia hari ini melancarkan model Toyota Innova serba baharu.

Toyota Innova serba baharu kini diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle, EEV) oleh kerajaan Malaysia; ia merupakan MPV keluaran Toyota yang pertama menerima kelayakan sedemikian. Dengan insentif EEV yang diterima, UMWT mengembalikan manfaatnya kepada pelanggan dengan penawaran harga yang lebih rendah.

BACA – MPV BAJET, MITSUBISHI GRANDIS

BACA – PENING NAK PILIH MPV?

TimbalanPengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menyatakan; “Toyota Innova telah diperkenalkan di banyak pasaran termasuk di negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Kami amat berbangga dengan model ini kerana ia menerima sambutan yang sangat memuaskan di pasaran berkenaan. Kami juga yakin ia akan diterima dengan baik di Malaysia.”

instrument-panel-2-0g

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki pula di dalam ucapannya berkata; “UMW Toyota Motor adalah antarasyarikat yang pertama di Malaysia yang menawarkan MPV, sejak dari pertengahan tahun 1980-an lagi. Sejak itu, kami mempunyai pelbagai model dalam barisan produk yang dipasarkan, dengan Innova memenuhi keperluan bagi sebuah MPV saiz sederhana.”

“Bagi generasi keduanya, Toyota telah menaik taraf Innova agar menjadi lebih premium, baik dari penampilan luaran mahupun terhadap ciri-ciri kelengkapannya. Berdasarkan kajian pasaran yang dilakukan, kami mendapati ada permintaanbagi MPV dalam saiz ini, terutama untuk kegunaan keluarga. Model baharu ini dibangunkan untuk memenuhi keparluan seperti itu,” ujarnya.

Rekabentuk luaran baharu yang ditampilkan Innova mencerminkan imej premium seperti yang dapat dilihat pada bahagian atas gril krom, perincian pada lampu utama serta profil sisi yang elegan. Ruang dalamannya juga diberi sentuhan yang sama, dengan penggunaan lampu suasana (ambient light) LED pada bahagian bumbung, stereng balutan kulit serta tombol gear dengan kemasan kromdan perak (bagi varian 2.0G).

Banyak juga ciri kemudahan baharu yang melengkapi Toyota Innovakini, misalnya sistem kemasukan Pintar & Mula, kawalan pendingin automatik bagi penumpang depan dan belakang serta kotak pendingin (cooler box) di hadapan. Tahap kebisingan dalam kabin juga lebih rendah hasil daripada bahagian penebat yang dipertingkatkan serta penyingkiran bunyi bising dari sumbernya.

Toyota Innova serba baharu dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 1TR-FE empat silinder petrol dengan Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) yang memberikan kedua-dua prestasi dan penjimatan yang dipertingkat. Sebagai tambahan, beberapa bahagian di dalam enjin berkenaan juga telah direka semula bagi mengurangkan geseran dan berat, menyumbang kepada penjimatan bahanapi yang lebih baik.

Keselamatan pula sentiasa menjadi keutamaan bagi Toyota, dan tentunya lebih-lebih lagi bagi model seperti Innova yang akan dibina untuk kegunaan keluarga.

Turut ditawarkan pada model baharu ini ialah kelengkapan ciri-ciri keselamatannya; antara lain merangkumi Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), ABS dengan Electronic Brake force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA) serta Hill-Start Assist Controlyang tersedia bagi Innovavarian G. Selain itu, tujuh beg udara SRS turut melengkapi model ini untuk keselamatan tambahan, termasuk beg udara bahagian lutut.

MPV PILIHAN – TOYOTA ESTIMA TCR

BACA – MODIFIKASI ALZA TYPE-R

Struktur badan Innova serba baharu ini juga telah diperkukuh dengan penggunaan keluli tegangan tinggi pada banyak bahagian. Perkara ini turut menyumbang kepada pengiktirafan lima-bintang bagi perlindungan penumpang dewasa ASEAN NCAP pada Januari tahun ini.

Model sama juga baru sahaja menerima anugerah Grand Prix kategori MPV dengan mata tertinggi yang dicatatkan bagiujian perlindungan penumpang kanak-kanak. Anugerah itu mengiktiraf kenderaan bagi prestasi dalam kemalangan yang dicatatkan mengikut segmen kenderaan.

Seperti versi sebelumnya, MPV generasi kedua ini dipasang di kilang milik UMWT sendiri di Assembly Services Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.

Harga jualan seperti di bawah

 

On-the-Road Price (RM) – Individual Private
Region 2.0E M/T 2.0E A/T 2.0G A/T
Peninsular Malaysia 109,000.00 117,000.00 126,000.00
Sabah 111,066.77 119,018.43 127,991.62
Sarawak 111,066.77 119,018.43 127,991.62
Langkawi 84,692.06 90,102.35 96,385.22
Labuan 85,785.68 91,159.72 97,406.34

Toyota Innova serba baharu ini didatangkan dengan jaminan limatahun, tertakluk kepada terma dan syarat. UMWT mensasarkan untuk menjual 4,000 unit Innova pada 2017, dan setakat ini ia sudah menerima 500 tempahan.

Toyota Innova serba baharu akan berada di bilik-bilik pameran Toyota seluruh negara bermula 9 Disember 2016. Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button