Motosikal

YAMAHA Y15ZR (MX KING) 2017 MULA DIEDARKAN DI INDONESIA

Masih merupakan motosikal kapcai kategori 150 terlaris di hadapan Honda Supra GTR 150 (RS150R), Yamaha MX King (Y15ZR) versi 2017 kini sudah mula diedarkan di premis jualan Yamaha seluruh Indonesia. Seperti yang pernah kami laporkan di sini, Yamaha Indonesia tidak melakukan perubahan besar melainkan kemasan kosmetik yang terdiri dari perubahan warna Drift Black, Racing Blue, Red King dan Speedy Silver. y15ZR BACA – YAMAHA Y15ZR MOTOGP 2016 BACA – YAMAHA FZ150i MOVISTAR? Tiada sebarang perubahan harga bagi model 2017 di mana harga jualan bagi Yamaha MX King di Indonesia ialah Rp. 19 Juta atau RM6,300.00. Kira-kira RM2 ribu lebih murah berbanding harga jualan di Malaysia. Sejak dilancarkan pada pertengahan tahun lepas, Yamaha MX King belum menerima perubahan yang dominan meskipun disaing hebat oleh Honda Supra GTR 150. Suzuki Belang yang telah diperbaharui dengan teknologi Efi juga masih gagal memberi saingan kepada Yamaha (dan Honda) BACA – YAMAHA Y15ZR VS HONDA RS150R BACA – GAMBARAN R25 AKAN DATANG

 

Google ads
Back to top button