Buletin

ISUZU TRAGA MINIBUS – DARI SEBUAH LORI PIKAP KEPADA VAN PENUMPANG

Selain daripada segmen kenderaan tujuh penumpang yang lasak, segmen kenderaan komersial / tujuh penumpang juga menjadi pilihan buat para pengusaha / pemilik untuk memiliki kenderaan tersebut. Dan Isuzu bertindak bijak apabila berterusan menawarkan model terkini sementelah model Isuzu ELF cukup popular di sana sejak sekian lama.

PT Isuzu Astra Motor Indonesia (IAMI) selaku pengedar rasmi untuk jenama Isuzu di Indonesia telah memperkenalkan sebuah model Isuzu Traga Bus, yang merupakan sebuah minibus bagi memenuhi keperluan sebagai kenderaan penumpang / microbus / angkutan kota / ambulan / kenderaan pariwisata dengan kapasiti yang lebih kecil. Model ini sebetulnya dihasilkan berdasarkan model lori pikap Isuzu Traga yang kini dijelmakan sebagai kenderaan untuk penumpang pula.

Dari segi dimesi, Isuzu Traga Bus ini mempunyai dimensi panjang 4.450 mm, lebar 1.695 mm, tinggi 1.955 mm, dan jarak titik roda 2.250 mm. Dimensi Isuzu Traga Bas ini dilihat cukup luas untuk menampung sehingga 12 orang termasuk pemandu serta mempunyai ruang kelegaan kaki dan kelegaan kepala yang cukup luas.

Memahami keperluan kenderaan untuk memasuki jalanraya yang sempit di Indonesia, maka Isuzu Traga Bus ini hanya mempunyai radius pusingan hanya 4.5 meter sahaja. Keluar masuk penumpang di belakang juga lebih mudah dengan penggunaan pintu jenis daun, sama seperti penumpang di hadapan.

Versi terkini Isuzu Traga Bus ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri baharu termasuklah sistem suspensi dan juga penebat bunyi lebih baik. Hasilnya menjadikan ruangan kabin yang lebih senyap walau pun ngauman enjin diesel ternyata cukup kuat untuk didengari dari luar.

Trenkuasa minibus ini menggunakan enjin 4JA1-CR yang bersesaran 2.499 cc yang mampu menghasilkan kuasa 80 PS dan 191 Nm. Semestinya enjin baharu ini sudah mendapat piawaian Euro 4. Kuasa yang dihasilkan sebenarnya dilihat sudah memadai untuk pemandu melepasi sebarang laluan berbukit yang cukup banyak di Indonesia misalannya tanpa masalah.

Harga untuk Isuzu Traga Bus ini dijangka dijual pada harga diantara Rp300 juta–Rp350 juta (RM75,630 – RM88,235) yang pastinya tidaklah sukar mana untuk mencari pemilik baharu di sana walau pun model ini tidak terlalu mewah di bahagian kabin berbanding pesaing yang lain.

BACA : ALKISAH PEMBUATAN KAROSERI INDONESIA

BACA : INDUSTRI MICROBUS DI INDONESIA – APA BARANG GUNA VAN DARI CHINA


Google ads

B K

Back to top button