Artikel Pilihan

ALKISAH PEMBUATAN KAROSERI INDONESIA

Apabila menyebut tentang istilah Karoseri, pasti ianya kedengaran agak asing di telinga kita. Namun istilah Karosesi ini sebenarnya cukup dekat dengan industri pembuatan kenderaan truk / bas di sana. Hasil kaji selidik yang dilakukan oleh BK melalui bantuan Google, istilah Karoseri ini berasal daripada perkataan Belanda, Carrosserie atau pun setelah diterjemahkan membawa maksud badan.

Satu perkara yang yang ingin BK suka untuk berkongsi, BK amat meminati Indonesia. Baik dari segi budaya, makanan, industri automotif dan tidak lupa juga Luna Maya. Eh! Eh! Dan di Indonesia ini, industri Karoseri terhadap model truk / bas adalah sesuatu yang cukup lumrah. Mereka akan membina badan bas berasaskan chasis daripada model model. Maka terhasillah bas dua tingkat atau pun bas tempat tidur mengikut permintaan dan tempahan daripada pengguna. Angkutan Kota pun sebenarnya turut dibina oleh para Karoseri di sana

Dan di Indonesia, ada sebuah Karoseri yang boleh dianggap sebagai otai dan pakar dalam pembinaan model bas pariwisata (persiaran) dari bahagian luaran sehinggalah kepada rekaan dalaman. Kalau sebut jenama Adi Putro, sememangnya ianya bukan asing buat masyarakat di sana.

Perusahaan Adi Putro ini bermula semenjak dari tahun 1973 lagi, yang mana tiga beradik ini melihatkan potensi yang ada dalam segmen pengubahsuaian truk kepada kenderaan penumpang secara kecil – kecilan. Dan bermula 1975, Adi Putro terus mengorak langkah dengan penubuhan secara rasmi di kota Malang yang mana kilang pembuatannya / ibu pejabat terus beroperasi sehingga ke hari ini. Dan semenjak dari itu, mereka juga telah mula menerima permintaan untuk membina badan Mikrobas, yang merupakan nadi utama pengangkutan di sana.

Dan sudah tentu, Adi Putro kini terkenal dan banyak menerima tempahan daripada pengusaha bas untuk membina bas mengikut spesifikasi masing – masing. Ada yang mahu gabungan tipikal bas pariwisata dengan kesemua ruangan dimaskimumkan tempat duduk. Ada juga yang mahu kan bas dengan gaya VIP (tiga tempat duduk satu barisan) ada ada juga yang mahukan gaya Super VIP dengan penambahan beberapa tempat duduk berupa kapsul yang boleh diubahsuai menjadi tempat tidur.

Dan tahukah juga, Adi Putro ini sebenarnya banyak juga menerima tempahan daripada pengusaha agensi pelancongan untuk menempah Mikrobas yang dibina khusus daripada model Isuzu Elf. Kalau berkunjung di kota besar seperti Jakarta, Bandung mahupun Medan kita pasti mudah untuk melihatkan kelibat Mikrobas seperti ini. Malah BK sendiri pernah menaiki model Elf ini. Walau pun bergaya kan sebuah VIP ruangan dalaman, tapi dia punya feeling tetap rasa menaiki lori / truk. Eh! Eh!

Kredit Foto : AdiPutro

BACA : FORD TRANSIT XXL – LIMO KE BAS PERSIARAN NI?

BACA : GM FUTURLINER – ‘MENATANG’ APAKAH INI?

Google ads

B K

Back to top button