
OTT TANAK SAHIH TIDAK AKAN MENGUTIP MATA UNTUK PENGELUAR BAKI PERLUMBAAN MUSIM INI
Pasukan Hyundai Motorsport telah mengesahkan bahawa pemandu handalan mereka, Ott Tanak tidak akan berlumba untuk mengutip mata kejuaraan bagi baki tiga perlumbaan dalam kalendar FIA World Rally Championship (WRC) 2025 sebagai satu langkah untuk memberi fleksibiliti maksimum kepada beliau untuk cuba mengejar tahta kejuaraan walau pun peluangnya cukup tipis.
Senarai penyertaan pelumba untuk perlumbaaan Central European Rally pada pertenghan Oktober nanti telah pun dikeluarkan dengan nama Ott Tanak dikecualikan daripada pungutan mata untuk pasukan Hyundai Motorsport.
Sebaliknya pasukan Korea Selatan itu akan menaruh harapan kepada Thierry Neuvilel dan juga Adrien Fourmaux untuk membantu mereka mengutip mata Pengeluar bagi menghadapi tiga lagi perlumbaan termasuklah di FORUM8 Rally Japan dan juga Rally Saudi Arabia.
Menurut Hyundai Motorsport, keputusan strategik ini membolehkan Ott Tänak dan juga juruarah Martin Järveoja bersaing tanpa penamaan pengeluar dan dengan memanfaatkan sepenuhnya peraturan sukan, pasukan memastikan mereka berdua berada dalam kedudukan terkuat untuk terus berjuang bagi gelaran pemandu dan juruarah bagi kempen berbaki musim 2025 ini.
Di bawah peraturan sukan WRC semasa, pemandu yang dinamakan mesti kekal dalam kumpulan tetap dua enjin yang diluluskan sepanjang musim. Dengan menyingkirkan Ott Tänak daripada kutipan mata pengeluar, Hyundai kini boleh membekalkan juara dunia 2019 itu dengan unit kuasa baharu untuk bagki perlumbaan berikutnya tanpa terikut dengan undang – undang.

Keputusan berat ini diambil setelah peristiwa malapetaka yang berlaku di Rally Chile Bio Bío, di mana Ott Tänak mengalami kegagalan enjin yang dramatik setelah berpeluang menjadi pendahulu perlumbaan pada petang Jumaat hari perlumbaan. Dengan tiada solusi segera yang mampu dirungkai, pasukan terpaksa menjalankan enjin yang sudah rosak itu untuk baki perlumbaan berikutnya yang mana akhirnya meninggalkan Ott Tänak dengan hanya satu mata sahaja untuk perlumbaan tersebut.
Dan sudah pastinya Ott Tanak akan memulakan perlumbaan di Central European Rally dengan menggunakan enjin serba baharu dengan harapan untuk mengulangi prestasi cemerlang beliau di permukaan asfal, sama ketika pada perlumbaan tahun lepas.
Kredit Foto : Hyundai
BACA : WRC 2024 – OTT TANAK MENANG DI CENTRAL EUROPEAN RALLY. HASRAT THIERRY NEUVILLE TERTANGGUH LAGI
BACA : WRC 2023 – CENTRAL EUROPEAN RALLY PERTAMA KALI MEMBABITKAN TIGA BUAH NEGARA


