Buletin

KALLE ROVANPORE UMUMKAN AKAN BERALIH KE SUKAN LAIN PULA MUSIM HADAPAN. TIADA LAGI RALI SELEPAS INI

Pemandu muda rali sensasi Kalle Rovanpera berasal dari Finland yang juga merupakan juara rali WRC dua kali Kalle Rovanpera akhirnya mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan kerjaya rali di penghujung musim ini.

Kalle Rovenpera 25 tahun yang pernah memenangi 17 rali perlumbaan membuat kemunculan yang menakjubkan apabila menyertai pasukan Toyota Gazoo Racing pada tahun 2020. Hanya pada penyertaaan kedua pada musim sulungnya di Rally Sweden, Kalle Rovanpera berjaya mendapatkan podium ketiga pada perlumbaan tersebut, sekali gus mencipta sensasi sebagai pemandu termuda untuk mendapatkan podium.

Pada tahun 2021 di Rally Estonia, Kalle Rovanpera sekali lagi mencipta sensasi apabila muncul sebagai pemenang rali termuda untuk mencipta rekod.

Ternyata ketika pengenalan regulasi dan jentera baharu cukup serasi buat Kalle Rovanpera untuk terus mencipta kejutan bersama rakan juruarah Jonne Halttunen.

Kemenangan pada lima daripada tujuh pusingan pembukaan ditambah dengan kejayaan yang diraih di New Zealand, melakar beliau sebagai juara dunia termuda dalam sejarah WRC. Kalle Rovanpera sekali lagi mempertahankan kejuaraan pada 2023 dengan kempen yang sangat konsisten yang menyaksikan kedua-dua mereka menamatkan semua kecuali satu rali dalam kelompok empat teratas.

Walaupun ketika bertanding hanya tujuh pusingan pada 2024 secara separuh masa, Kalle Rovanperä menang empat kali untuk membantu Toyota memperoleh mahkota pengeluar keempat berturut-turut. Kempen musim 2025 ini Kalle Rovanpera kekal teguh dalam perebutan gelaran pemandu ketiga selepas kejayaan cemerlang di Canary Island dan kemenangan pertama di tempat sendiri yang penuh emosi di Finland, di mana dia mencatatkan kelajuan purata terpantas yang pernah dicatatkan pada rali WRC.

Dan pengumuman terkini yang diumumkan Kalle Rovanpera, beliau masih lagi akan kekal bersama keluarga Toyota cuma memilih untuk beraksi dalam perlumbaan tempat duduk tunggal utama di Jepun, Super Formula Championship.

Dengan kekosongan kerusi pemandu yang bakal ditinggalkan Kalle Rovanpera, perhati sukan rali sudah pasti mudah untuk meramal siapakah pengganti. Nama Oliver Solberg dilihat cukup sesuai untuk mengisi beban buat pasukan Toyota Gazoo Racing digalas tanpa masalah.

Apa pun saingan merebut tahta WRC 2025 akan kekal sengit untuk baki tiga perlumbaan membabitkan Sebastien Ogier, Kalle Rovanpera dan juga Elfyn Evans.

Foto : WRC

BACA : WRC 2025 – AKHIRNYA KALLE ROVANPERA MENANG DI BUMI SENDIRI FINLAND

BACA : WRC 2023 – KALLE ROVANPERA BERJAYA MUNCUL JUARA WRC 2023!

Google ads

B K

Back to top button