
BUDI95: TIGA CARA MUDAH NIKMATI SUBSIDI RON95 DI BHPETROL
Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati manfaat subsidi bahan api di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), BHPetrol terus memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran menerusi kempen digital interaktif serta panduan lengkap penebusan subsidi di semua stesen minyaknya.
Melalui pelbagai platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook, BHPetrol memudahkan pengguna memahami proses mendapatkan subsidi RON95 bersasar dengan pelbagai video dan siaran informatif.
Selain kandungan media sosial, BHPetrol turut berkongsi panduan rasmi penebusan BUDI MADANI RON95 bagi membantu pengguna menebus subsidi dengan lebih mudah dan cepat.

Terdapat tiga cara utama untuk berbuat demikian:
Cara 1: Pembayaran di Pam
- Sentuh atau masukkan kad debit/kredit untuk pembayaran.
- Masukkan MyKad untuk menyemak kelayakan subsidi.
- Jika layak, transaksi akan disahkan dan pengguna boleh meneruskan pengisian.
- Jika tidak layak, bayaran akan dibuat pada harga pam semasa.
- Simpan resit transaksi sebagai rujukan.
Cara 2: Semak di Terminal MyKad di Kaunter BHPetrol
- Semak kelayakan menggunakan MyKad di kaunter.
- Juruwang akan memaklumkan sama ada subsidi disahkan atau tidak.
- Berikan nombor pam dan jumlah pembelian kepada juruwang.
- Pilih kaedah pembayaran (tunai, kad bank, QR, atau eWallet).
- Kumpul mata ePoints seperti biasa.
- Terima resit akhir sebagai bukti pembelian.
Cara 3: Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan cari “BUDI95”.
- Tekan Beli Minyak untuk memulakan proses pengisian.
- Pilih dan sahkan lokasi stesen minyak BHPetrol berhampiran.
- Masukkan nombor pam dan jumlah minyak yang ingin dibeli.
- Tekan Bayar Sekarang, kemudian imbas kod QR di kaunter.
- Setelah disahkan, pengisian minyak boleh dimulakan serta-merta.
Menurut BHPetrol, inisiatif ini bukan sekadar menyokong pelaksanaan subsidi bersasar kerajaan, tetapi juga memastikan proses penebusan dilakukan dengan lebih cekap, telus, dan mesra pengguna.
Pengguna boleh menyemak kelayakan atau baki subsidi BUDI95 mereka melalui portal rasmi di www.budimadani.gov.my, atau melayari laman rasmi BHPetrol di www.bhpetrol.com.my untuk maklumat lanjut.
- BACA: KALLE ROVANPORE UMUMKAN AKAN BERALIH KE SUKAN LAIN PULA MUSIM HADAPAN. TIADA LAGI RALI SELEPAS INI
- BACA: DEWAN RAKYAT LULUS RUU SEWA BELI (PINDAAN) 2025, MANSUH PERATURAN 78
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA DAN DC HANDAL PERLUAS INFRASTRUKTUR PENGECASAN EV DI BAMBOO HILLS
- BACA: MAZDA PERKENAL XD DRIVE EDITION DIESEL EKSKLUSIF UNTUK 5 MODEL, GUGUR BEBERAPA VARIAN









