Artikel Pilihan

KENAPA BAS TAK PERLUKAN TALI PINGGANG KELEDAR?

Semenjak diperkenalkan oleh Volvo pada tahun 1959, tali pinggang keselamatan 3 poin menjadi satu inovasi penting dalam perkembangan dan keselamatan dalam automotif. Apatah lagi Volvo berbesar hati memberikan paten rekaan tali pinggang keselamatan ini secara percuma kepada semua pengeluar automotif dunia

Tali pinggang keselamatan berfungsi mengikut Hukum Gerakan Newton Pertama. Sesuatu objek akan terus bergerak ke arah depan melainkan terdapat satu daya yang menahannya daripada bergerak. Dalam kes tali pinggang keselamatan, ia akan menahan badan penumpang daripada tercampak ke depan sekiranya kereta berhenti secara mengejut.

Bayangkan anda menhentam kusyen atau papan pemuka jika berlaku kemalangan. Malah tali pinggang keselamatan juga akan memastikan beg udara dapat bertindak melindungi pemandu dan penumpang dengan lebih efektif sekiranya berlaku kemalangan.

Tapi tahukah anda bahawa bas merupakan salah satu kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keselamatan dan kalau ada pun yang disediakan ia hanyalah daripada jenis 2 poin sahaja. Tahukah anda mengapa bas tidak memasang tali pinggang keselamatan?

Bas biasanya mempunyai berat yang lebih besar berbanding dengan kenderaan lain. Semakin berat kenderaan, semakin tinggi momentum yang dihasilkan. Sekiranya bas berlanggar dengan kereta atau SUV, ia hanya mengalami kerosakan yang minima sahaja berbanding dengan kereta.

Malah bas direka dengan membina badan bas tinggi daripada biasa. Keadaan ini menjadikan penumpang bas duduk tinggi dan jauh daripada kawasan impak kemalangan. Sekiranya dilanggar dengan kereta atau SUV, bas akan menyerap impak kemalangan dengan cesi dan badan luarnya yang besar dan kemalangan tersebut berlaku di bahagian bawah cesi bukannya terus ke bahagian penumpang.

Salah satu lagi sebab bas tidak memerlukan tali pinggang keselamatan ialah disebabkan cara susunan kusyen disusun di dalam bas. Kusyen atau tempat duduk diasingkan dalam jarak tertentu di dalam bas menjadikan pergerakan penumpang semasa impak kemalangan berlaku adalah minima dan tidak menyebabkan mereka tercedera akibat terhantuk dengan penumpang lain

Bayangkan anda membawa 10 biji telur dalam plastik dengan 10 biji telur dengan menggunakan bekas telur. Sudah pasti membawa telur dengan cara kedua adalah paling selamat jika dibandingkan dengan cara membawa dalam plastik

Dengan semua sebab di atas, anda akan mendapati pengeluar jarang sekali memasang tali pinggang keselamatan di dalam bas. Salah satu sebab yang lain ialah kerana ia akan menjadikan kos penghasilan bas menjadi semakin mahal.

Tapi sekiranya bas yang anda naiki menyediakan tali pinggang keselamatan, adalah lebih baik menggunakannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati

Google ads
Back to top button