Artikel Pilihan

KERETA KHUSUS UNTUK NEGARA BRAZIL. MACAM-MACAM ADA

Tahukah anda bahawa sesetengah pengeluar menghasilkan rekaan tertentu untuk satu pasaran negara yang khusus. Sebagai contoh Honda City dan Toyota Vios dibangunkan khusus untuk negara membangun seperti rantau Asia Tenggara dan Asia. Ini disebebkan kehendak dan keperluan setiap kawasan demografi tidak sama antara satu sama lain

Sebagai contoh negara Brazil juga ada banyak model yang dibangunkan khusus untuk negara mereka. Bukan sahaja mereka ada jenama kereta sendiri, tapi jenama antarabangsa turut menghasilkan rekaan khusus untuk Brazil. Ini senarai kereta khas untuk Brazil

1. Puma – adalah pembuat kereta Sport di Brazil antara tahun 1964 hingga 1990an dengan model paling terkenal ialah Puma GTB yang banyak memenangi perlumbaan Brazillian GT Racing. Puma GT diasaskan daripada Chevrolet Opala dengan konfigurasi FF dengan enjin 4200cc 6 silinder sebaris tapi cuma menghasilkan 168 kuasa kuda.

Hanya 1589 unit sahaja yang berjaya dijual disebabkan harga kereta ini sangat mahal, dengan versi terakhir Puma GT Turbo gagal mendapat sambutan apabila kerajaan Brazil tidak lagi mengenakan cukai yang tinggi kepada kereta import. Puma tidak lagi dijual menjelang tahun 1993.

2. Farus ML 929 – diasaskan oleh Alfio dan Giuseppe Russo dan dibina oleh Industri de Veiculos Esportivos LTDA. Pada tahun 1979 kereta ini boleh dianggap mendahului zaman dengan menggunakan enjin di bahagian tengah (MR), brek semua roda dan sistem suspensi McPherson.

Sepanjang produksi selama 11 tahun, Farus menggunakan enjin Fiat, Volkswagen, Chevrolet dan Chrysler dari sekecil 1300cc sehinggalah 2200cc turbo bagi menghasilkan 146 kuasa kuda. Rekaan yang menarik telah menarik tempahan sebanyak 1500 unit setelah dipamerkan di New York Auto Show 1987, namun kos pelaburan yang besar menyebabkan ia gagal dijual di Amerika

3. Volkswagen SP2 – Volkswagen Brazil diberi kebebasan dari segi rekaan oleh Volkswagen AG bagi menghasilkan sebuah kereta sport khusus pasaran Brazil. Prototaip SP2 dihasilkan pada tahun 1972 dengan menggunakan cesi Type 3 juga enjin sejukan udara Volkswagen 1700cc bagi menghasilkan 75 kuasa kuda

SP adalah singkatan Sao Paulo namun digelar “Sem Potência” dalam bahasa Portugis yang memberi maksud, tak cukup power. SP2 dihentikan pengeluaran pada tahun 1976 akibat gagak menarik pembeli yang lebih berminat dengan Puma GTB

4. Volkswagen Gol GTi – maaf sebab ia tidak ada kaitan dengan Volkswagen Golf yang popular tapi dibangunkan dengan menggunakan platform BX. Gol boleh dirujuk kepada permainan bola sepak yang popular di Brazil dan model ini sangat berjaya kerana ia telah dihasilkan dalam 3 generasi bagi tempoh 27 tahun

Ia juga merupakan kereta paling laris selama 27 tahun bermula 1987 sehingga tahun 2014. Model terbaru tahun 2008 menggunakan platform PQ24, sama seperti Volkswagen Polo dikuasakan dengan enjin 1000cc atau 1600cc yang menghasilkan 120 kuasa kuda

5. Troller T4- direka dengan mengambil inspirasi rekaan Jeep, menggunakan sistem 4WD, 5 kelajuan dan juga cesi keluli. Jangan main-main kerana 4×4 ini dikuasakan dengan enjin 3000cc turbodiesel pada tahun 2004 oleh syarikat Troller Veículos Especiais S/A (Troller).

Pada tahun 2007, Ford mengambil alih syarikat ini dan memperkenalkan Troller versi terbaru dengan menggunakan cesi Ford Ranger T6 yang lebih pendek pada tahun 2014. Namun sayang kerana kerugian yang berpanjangan menyebabkan Ford menutup terus operasi mereka di Brazil pada 2021.

6. Renault Fluence GT – dihasilkan oleh Renault dengan kerjasama antara jurutera Perancis dan juga Brazil dengan menggunakan rekaan Fluence. Sistem suspensi menggunakan spring dan penyerap hentakan lebih keras, dan gabungan enjin serta kotak gear dari[ada Megane GT

Berbeza dengan pasaran Malaysia yang hanya menghasilkan 143 kuasa kuda, Fluence GT menghasilkan 177 kuasa kuda dari enjin 2000cc turbo dengan unit turbo Mitsubishi TD04 skrol berkembar. Lagi menyeronokkan kerana ia hanya ditawarkan dengan transmisi manual 6 kelajuan sahaja.

7. Fiat Strada – rekaan Strada ini ialah pikap yang kompak ala-ala Proton Arena dan juga Subaru Brat. Fiat Strada 2020 hanya dikuasakan dengan enjin 1400cc yang hanya menghasilkan 88 kuasa kuda dan model ini sudahpun memasuki generasi ke 2. Ini menunjukkan Strada mendapat permintaan yang cukup tinggi

Selain menggunakan rekaan single cab, Fiat Strada juga ditawarkan dengan versi double cab, jarak dengan permukaan jalan 208mm, berupaya membawa muatan seberat 720kg bagi single cab dan 650kg bagi versi double cab

Google ads
Back to top button