
COVID-19: EMIRATES AIRLINES RUGI RM23 BILION
Syarikat penerbangan Emirates Airlines mengumumkan kerugian bersih AS$5.5 bilion (RM22.66 bilion) sepanjang tahun 2020.
Kerugian besar itu berpunca daripada sekatan perjalanan global yang membawa kepada penurunan pendapatan melebihi 66 peratus.
Ini kali pertama dalam tempoh lebih tiga dekad, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai itu tidak menghasilkan sebarang keuntungan.
Emirates turut melaporkan pendapatan syarikat itu menurun sebanyak AS$8.4 bilion (RM35 bilion), meskipun kos operasi berkurangan 46 peratus berikutan pandemik Covid-19.
Syarikat penerbangan itu memperoleh keuntungan sebanyak AS$288 juta (RM1.1 bilion) pada 2019, memaklumkan jumlah penumpang dan muatan menurun 58 peratus pada 2020.
Awal tahun ini, emirates telah menggunakan kapasiti kargonya yang besar untuk menghantar jutaan dos vaksin Covid-19 ke seluruh dunia. –awani
- BACA: EMIRATES RANCANG BUANG 30,000 ORANG PEKERJA. MOHON BANTUAN RM5.22 BILION DARIPADA DUBAI
- BACA: BENCANA COVID-19. 100,000 KAKITANGAN EMIRATES DIBERI CUTI TANPA GAJI
- BACA: MALINDO AIRWAYS AKAN BERHENTIKAN 2,200 ORANG PEKERJA, KURANGKAN JUMLAH PESAWAT
- BACA: COVID-19: KAKITANGAN MAS DIMINTA AMBIL CUTI TANPA GAJI 3 BULAN BERMULA APRIL DEPAN