
KPDN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 3,000 LITER PETROL KE NEGARA JIRAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 3,000 liter petrol oleh tiga kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, hari ini.
Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 (PPMW3) Pengkalan Kubor jam 4.35 pagi itu turut menahan seorang lelaki tempatan, manakala dua lagi lelaki sempat melarikan diri.
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata pemeriksaan tiga kereta menemukan sebanyak 3,000 liter petrol dengan keseluruhan rampasan bernilai RM23,800.
Ketika operasi, pihak berkuasa mengarahkan tiga kereta supaya berhenti, namun semua pemandu memecut laju dan berpatah balik melawan arus bagi mengelak ditahan.
“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berhenti di bahu jalan atas Jambatan Sultan Yahya Petra sebelum pemandu melarikan diri.
“Pemeriksaan menemukan 40 tong jerikin berisi penuh disyaki minyak petrol, dianggarkan 25 liter setiap tong, menjadikan jumlah keseluruhan 1,000 liter petrol yang dipercayai untuk tujuan penyelewengan,” katanya.
Pemeriksaan terhadap sebuah lagi Proton Wira Aeroback turut menemukan 40 tong jerikin berisi petrol, dengan anggaran 1,000 liter, manakala kes ketiga membabitkan sebuah Proton Gen2 yang membawa 40 tong jerikin berisi petrol dengan jumlah sama. – Berita Harian
- BACA: GEELY EX2 BAKAL DIPERKENALKAN DI THAILAND HUJUNG BULAN INI
- BACA: SELAMAT TINGGAL J-SERIES: HONDA BANGUNKAN ENJIN V6 GENERASI BAHARU
- BACA: ZEEKR X 2025 DILANCARKAN DI CHINA – JARAK GERAK 530KM, HARGA BERMULA RM102K
- BACA: GWM ORA GOOD CAT ULTRA DAN GOOD CAT GT 2025 DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM109K


