Artikel Pilihan

APA NAK BUAT BILA LAMPU AMARAN “CHECK ENGINE” MENYALA?

Anda sedang memandu dan secara tiba-tiba lampu amaran “CHECK ENGINE” anda menyala. Apa maksudnya? Tak kira apa pun gelaran yang anda berikan pada lampu amaran yang biasanya berwarna kuning itu, ia membawa maksud yang sistem komputer kereta telah mengesan masalah pada sistem kereta .

Bergantung kepada tahun, buatan dan juga model kereta , ia berkemungkinan ada kaitan dengan enjin, transmisi malah mungkin juga brek dan suspensi. Terdapat ratusan sebab yang memungkinkan lampu ini menyala dan percayalah ia tidak mungkin boleh diselesaikan dengan aplikasi WhatsApp atau pun sau hantaran di facebook.

Senarai soalan dan jawapan di bawah mungkin akan dapat membantu kita memahami masalah ini dengan lebih baik.

  1. Bolehkah kereta saya dipandu jika lampu CHECK ENGINE menyala?

Ingat satu perkara je: jika lampu tersebut menyala tapi kereta anda kelihatan okey tanpa sebarang masalah, anda boleh terus memandunya. Tapi pastikan ianya diperiksa bila anda mempunyai kelapangan mengikut keselesaan anda.

Tapi jika kereta anda terasa berbeza, bergegar, semput ataupun berjalan dengan dua selinder sahaja. Jangan pandu dan hubungi trak tunda. Jika rasa ragu-ragu dan tiada mekanik berdekatan, tunda sahaja kerana itu jalan paling selamat. Berhenti di tepi lebuh raya bukanlah pilihan yang selamat.

  1. Lampu CHECK ENGINE padam dengan sendiri. Kereta saya dah okey ke?

Mungkin tidak. Walaupun ia telah terpadam dengan sendiri, sistem komputer kereta akan menyimpan data mengenai masalah yang berlaku dan untuk membolehkan pembaikian dijalankan. Untuk mengelakkan isu yang mungkin timbul di kemudian hari, pastikan ia diperiksa oleh mekanik anda.

Dengan ujian diagnosis yang betul, mekanik akan berjaya mengesan rekod masalah tersebut.

  1. Lampu CHECK ENGINE kekal menyala. Apa patut saya buat?

Kalau terus menyala, ikuti langkah dalam soalan satu tadi dan jangan panik.

  1. Bolehkah saya memutuskan sambungan bateri ataupun fius untuk ‘reset’ lampu CHECK ENGINE kereta saya?

Mungkin, tetapi kami tidak mengesyorkannya. Langkah tersebut mungkin akan menghilangkan kod masalah tadi tetapi ia direkomen di seluruh dunia.

Mazda CX30

Malah pihak pengeluar juga menegah ianya dilakukan.

  1. Apakah lampu CHECK ENGINE ni sebenarnya?

Lampu CHECK ENGINE ialah isyarat amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi dalam kereta. Dengan bahasa mudahnya, ia merupakan lampu amaran pengurusan enjin/transmisi/elektrikal yang akan menyala jika ada SEBARANG masalah dikesan pada enjin kereta.

Ia sama konsepnya dengan mesej ‘error’ yang muncul pada skrin komputer anda jika masalah dikesan dalam sistem.

Masalah tersebut mungkin berkaitan dengan mekanikal, teknikal, perisian dan sebagainya.

  1. Bolehkah ia ditetapkan semula (Reset)?

Okey ini soalan yang menarik dan memerlukan jawapan yang agak panjang. Mula-mula sekali lampu CHECK ENGINE ini menyala sebaik ia mengesan masalah dalam enjin dan menyimpan kod kesalahan tadi (fault code). Terdapat ratusan kod seperti ini yang disimpan untuk memudahkan diagnostik dilakukan bagi memperbetulkannya.

Kadang-kadang kod tadi akan menunjukkan terus komponen yang rosak dan perlu ditukar ataupun diperbaiki, kadang-kadang ia lebih serius dan memerlukan prosedur diagnostik yang lebih menyeluruh.

BACA: 5 TANDA-TANDA ALTERNATOR KERETA DI PENGHUJUNG HAYAT

Bila ia dihapuskan (reset), kita secara tidak langsung telah menghapuskan punca masalah tadi menyebabkan pembaikian sukar dijalankan. Mana taknya, informasi ataupun kod tadi telahpun kita hapuskan.

Malangnya memang tidak ada cara untuk melakukan reset pada lampu CHECK ENGINE tanpa membetulkan masalah yang timbul terlebih dahulu. Jika berjaya dipadamkan pun, ia akan menyala kembali sebaik masalah dikesan kembali.

Dan ingat setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik mereka sendiri walaupun masalahnya mungki kelihatan sama. Jika masalah sudah diperbaiki dengan sempurna, ia biasanya akan terpadam sendiri ataupun boleh dipadamkan menggunakan Code Reader yang ada pada bengkel tertentu. Tapi kalau belum diselesaikan ia tidak akan kekal lama. Silap-silap baru keluar bengkel dah pun nyala balik.

Ada bengkel yang mengenakan bayaran untuk menggunakan alat diagnostik dan ada yang tidak. Cuma kalau nak jimat duit, selesaikan dulu punca masalah sebelum melakuakan reset untuk memadamkan lampu amaran tersebut. Kalau tidak memang anda akan melakukan proses yang sama berulang-ulang kali.

Penting: Masalah yang menyebabkan lampu amaran CHECK ENGINE menyala mungkin akan melibatkan kos yang tinggi tetapi ia wajar diberi perhatian untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius dalam sistem kereta secara keseluruhan.

Tags
Google ads
Back to top button