Buletin

BONGGOL JALAN TERBESAR DI DUNIA – BAGAIMANA REAKSI KITA KALAU TERJUMPA SATU MACAM NI? (+VIDEO)

Bonggol jalan yang terbesar di dunia ini tiba-tiba muncul di tengah jalan raya England yang sibuk. Nasib baiklah Brotherhood belum buka cawangan kat sana, kalau tak saja je PBT kat sana kena maki. Macam mana reaksi anda kalau jumpa satu macam ni? Jangankan anda, Abang Japar pun kalau bonggol bergeser dengan skirting Cosplus Tiara dah lalu makan pizza seminggu. Tapi nasi memang tak ada masalah.

Bertenang semua kerana bonggol gergasi tersebut merupakan satu langkah pengiklanan bijak Land Rover untuk produk mereka iaitu Range Rover Evoque. Walaupun sudahpun berada di pasaran sejak tahun 2011 tapi pengaruhnya tetap kuat.

Bayangkan bandar kecil macam Kota Bharu pun bersepah Evoque, nak kata murah yang terpakai pun boleh tahan lagi harganya.

BACA: LAND ROVER SUDAH MENYIAPKAN MODEL KONSEP DEFENDER BAHARU – ADAKAH IA BOLEH DITERIMA RAMAI?

Dalam pautan video di bawah boleh disaksikan macam mana reaksi orang ramai dan pengguna jalan raya bila bonggol tersebut tiba-tiba muncul. Ada pemandu yang membuat pusingan U dan ada juga yang cuba mendakinya tetapi gagal.

Dalam kekalutan yang melanda tiba-tiba muncul sebuah Range Rover Evoque berwarna putih yang dengan selamba menunjukkan cara mendaki bonggol tersebut. Memang kembang habis la hidung pemandunya.

Melalui iklan kreatif ini Land Rover ingin menunjukkan keupayaan model terlaris mereka kepada umum walaupun rupanya memang tidak lasak langsung seperti 4WD lain. Malah pemandu yang kami jumpa memandu Evoque pun memang majoritinya perempuan. Cantik-cantik pulak tu. Mungkin sebab ia cukup bergaya kot?

Google ads
Back to top button