Buletin

MASERATI GRANCABRIO FOLGORE – EV CABRIO PERTAMA NI OI!

Pengeluar kenderaan mewah terkemuka dari Itali, telah pun memperkenalkan model yang pertama seumpamanya dalam kelasnya, Maserati GranCabrio Folgore. Dan ianya merupakan model EV convertible pertama dalam pasaran dengan kelajuan tertinggi 290 km/j sekali gus menjadikannya sebagai model convertible EV terpantas di jalanraya.

Mengikut jejak langkah GranTurismo, varian dengan bumbung terbuka ini juga menawarkan motor elektrik, versi Folgore, yang mengekalkan semua ciri tipikal sebuah Maserati dengan menggabungkan kemewahan dengan prestasi, keselesaan pemanduan dengan kesukanan, kuasa halus serta keanggunan sebuah model elektrik baharu dan juga berteknologi moden.

Dari segi komponen, GranCabrio Folgore dipacu oleh tiga motor, satu di hadapan dan dua di belakang, untuk jumlah kuasa tersedia melebihi 1200 HP. Direka khas untuk kegunaan eksklusif oleh Maserati, ia mencapai tahap ketumpatan kuasa yang lebih tinggi (9.2 kW/kg) dan didorong oleh penyongsang silicon carbide (SiC) yang diperoleh daripada Formula E.

Pek bateri yang dihasilkan di kilang pemasangan Hab Bateri Mirafiori di Turin, mempunyai kapasiti nominal 92.5 kWj dan kapasiti nyahcas sebanyak 610 kW, untuk terus menghantar sekitar 750 HP ke roda

Dengan bumbung fabrik yang tidak mengambil terlalu banyak ruang apabila disimpan dalam but, Maserati GranCabrio Folgore ini dicipta untuk berkongsi keseronokan perjalanan sambil menghirup udara segar dengan kapasiti empat penumpang tanpa sebarang masalah. Dan kemasan bumbung fabrik ini didatangkan dengan lima pilihan warna istimewa, Nero, Blue Marine, Titan Grey, Greige, dan juga Granata.

Sememangnya Ia adalah model empat tempat duduk sebenar yang membolehkan perjalanan bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati prestasi dan kemewahan kereta dengan kemasan halus yang terperinci, serta dibayangi dengan pemanduan yang hebat tanpa had.

Menariknya tentang bumbung fabrik ini, ianya boleh dibuka dan ditutup walau pun sedang dalam pemanduan sehingga kelajuan 50 km/j. Iyalah, kalau laju laju karang mau tertanggal bumbung kanvas. Setidaknya kalau tiba – tiba sedang hujan masih tidaklah perlu berhenti tepi jalan apabila ianya hanya mengambil masa 14 saat sahaja untuk dibuka dan mengambil masa 16 saat untuk menutupnya dengan hanya satu butang kawalan sahaja di bahagian tengah.

Bagi mengelakkan pemandu kesejukkan ketika bumbung fabrik disimpan, terdapat pemanas di bahagian leher bagi memastikan pemandu dan penumpang kekal selesa walau pun ketika di musim sejuk.

Sedikit sejarah untuk diimbas tentang model convertible keluaran Maserati ini, dua buah model convertible yang sememangnya dikhususkan untuk perlumbaan, 4CS (1931) dan juga 8CM (1932) tetapi telah disesuaikan untuk kegunaan jalanraya ketika itu.

Maserati GranCabrio Folgore ini telah menampilkan rekaan bahagian hadapan dengan lampu menegak mengembalikan apa yang telah menjadi tanda pengenalan pencahayaan baharu untuk jenama itu. Keputusan gaya ini memberikan kereta kelihatan segar dan sporty. Pun begitu, gril hadapan menampilkan logo Trident 3D yang ikonik.

Manakala rekaan bahagian belakangnya menampilkan gabungan rekaan klasik masa lama Maserati dengan lampu LED sudah semestinya. Satu ciri menarik tentangnya, lampu tersebut di bahagian luar dan dalam kabin akan menyala sekiranya pemandu mendekati kereta dan begitu juga sebaliknya dan sudah tentu juga dengan fungsi auto membuka / mengunci apabila fob kunci berada berhampiran.

Maserati GranCabrio Folgore ini juga didatangkan dengan konfigurasi roda berbeza, lebih besar di bahagian belakang (21″ 295/30) berbanding di hadapan (20″ 265/35). Di samping itu, untuk mengoptimumkan julat maksimum yang boleh dicapai, ianya boleh dilengkapi dengan tayar rintangan berguling rendah. Tayar khusus ini boleh didapati dalam reka bentuk AURA (AERO) dan ASTREO (MUGELLO).

Maserati GranTurismo Folgore ini juga boleh didapati dalam enam warna: Bianco Astro, Nero Assoluto, Blu Modena, Verde Giada, Grigio Incognito, Grigio Maratea Matte.

BACA : MARI BACA FAKTA PENJAGAAN MASERATI GRANTURISMO

BACA : MAMAT NI TUKAR HONDA ACCORD JADI MASERATI GRAN TURISMO. TAPI MACAM BURUK JE

Google ads

B K

Back to top button