Buletin

MAMAT NI TUKAR HONDA ACCORD JADI MASERATI GRAN TURISMO. TAPI MACAM BURUK JE

Seorang peminat fanatik Maserati membikin Honda Accord menjadi replika Gran Turismo baharu.

Apa yang menjadikan ia istimewa adalah model berkenaan masih belum dilancarkan pembikin jenama Maserati tetapi lelaki berkenaan sudah ‘merasai’ jentera baharu itu melalui hasil kerja sendiri.

Jika diperhatikan dari jauh, jentera berwarna biru itu boleh disalah anggap sebagai jentera Maserati yang padu.

Bagaimanapun, apabila menghampiri kenderaan berkenaan dengan lebih dekat pandangan tersebut akan pudar secara perlahan-lahan.

Apatah lagi, pemilik replika terlalu taksub dengan jenama mewah itu apabila meletakkan terlalu banyak logo Maserati.

Pada bahagian hadapan, ia dilengkapi gril lebar GranCabrio yang diapit dua lampu utama buatan sendiri.

Selain itu, replika terbabit turut hadir dengan bumbung elektrik yang boleh berfungsi sepenuhnya.

Rekaan ruang dalaman juga agak menghampakan jika hendak dibandingkan dengan model asli tetapi masih terdapat persis dalam reka bentuk serta komponen yang ‘diciplak’.

Ia didatangkan papan pemuka dibaluti kulit berwarna krim tetapi kemasan jahitan agak kasar.

Mungkin peminat fanatik Maserati tersebut menyesal mengubah suai Honda Accord berkenaan atau sebaliknya. Dia sahaja yang lebih mengetahui. – carbuzz

Google ads
Back to top button