
SUBARU KERETA PALING MAHAL DISERVIS DALAM 5 TAHUN – CONSUMER REPORT
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Consumer Report dan kutipan data dari Annual Auto Survey 2023, Cosumer Report mendapati jenama Subaru adalah jenama kereta biasa yang digunakan dan bukan jenama premium tetapi memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi bagi sebuah jenama bukan premium.
Data tersebut turut meliputi jenama BMW, Toyota, Tesla dan turut meliputi jenama mewah seperti Porsche, Mercedes, Land Rover dan juga Audi. Walaupun kebanyakan kereta yang dijual di US menawarkan sehingga 3 tahun servis percuma, namun kos servis akan meningkat naik selepas tempoh jaminan tamat
“Perbezaan kos antara jenama adalah sehingga ribuan ringgit dalam tempoh 10 tahun pemilikan. Kos ini akan meningkat dengan lebih banyak bagi jenama yang mewah dan premium. Jenama Lincoln adalah lebih murah untuk diservis berbanding dengan Mercedes” Steven Elek, Penganalisa Data Consumer Report
Kos paling murah untuk penyelenggaraan bagi tempoh 10 tahun jatuh kepada Tesla dengan kos akumulatif mencapai 4035 Dollar, dan meningkat dengan drastik bagi jenama mewah seperti Volvo (9285 Dollar), Audi (9890 Dollar), Mercedes (10,525), Porsche (14,090) dan Land Rover (19,020).
Anda boleh melihat senarai penuh kos yang dikeluarkan oleh Consumer Report di SINI
Bagi jenama Subaru, kos pemilikan sehingga 10 tahun boleh mencecah sehingga (7200 Dollar atau RM 34,435). Angka ini adalah jauh lebih mahal berbanding dengan Toyota (4900 Dollar) atau jenama Hyundai (5640 USD), menjadikan jenama Subaru adalah jenama yang mahal bagi kereta bukan premium
Salah satu sebab yang menjadikan Subaru memerlukan kos servis yang lebih adalah penggunaan enjin Boxer serta digandingkan dengan sistem pacuan semua roda X-Mode. Rekaan enjin Boxer yang duduk melintang ini memerlukan pemilik untuk menukar minyak enjin dengan lebih kerap berbanding dengan enjin biasa.
Subaru juga mencadangkan agar palam pencucuh ditukar pada setiap 60,000 batu atau 100,000km. Juruteknik perlu membuka cagak enjin serta enjin perlu diangkat sedikt bagi membenarkan akses terhadap palam pencucuh yang berada di sisi ruang enjin.
Bagi kebanyakan kereta biasa, pemilik boleh melakukannya sendiri dengan spanar palam pencucuh yang boleh diakses daripada atas. Subaru juga memerlukan penggunaan cecair hibdraulik CVT khas yang dihasilkan sendiri oleh Subaru, dengan enjin perlu dihidupkan semasa bendalir CVT ditukar.
Ini belum lagi kos kos tambahan lain seperti anda kos servis sistem pacuan semua roda AWD X-Mode dimana sistem ini dikawal dengan sistem klac yang menghantar kuasa enjin pada semua roda. Namun Consumer Report menegaskan semua servis ini akan menjamin jangka hayat kenderaan Subaru akan dipanjangkan.



