
CITROEN C3 AIRCROSS 2025 – SUV URBAN YANG TUNGGU MASA AJA UNTUK DIJUAL
Pengeluar kenderaan terkemuka dari Perancis, Citroen telah pun mula menayangkan imej model baharu mereka, Citroen C3 Aircross yang turut berkongsi identiti reka bentuk yang sama, ruang dan keselesaan yang serupa serta impian untuk menggegarkan pasaran dengan harga yang cukup kompetetif.
Citroen C3 Aircross serba baharu ini menggunakan pelantar daripada Smart Car yang membolehkan ianya berkongi dalam segenap aspek termasuklah trenkuasa bagi membantu kecekapan kos pembangunan model yang cukup bergaya ini.

Citroen C3 Aircross ini menggabungkan elemen bahasa gaya baharu Citroën, yang mana konsep Oli adalah manifesto dan C3 merupakan yang pertama kalinya direalisasikan sebagai model. Reka bentuknya menyepadukan tanda pengenalan identiti Citroen yang baharu dengan menampilkan logo dan gril serba baharu mereka yang menegak serta menggabungkan elemen pencahayaan dalam tiga segmen.
Ini sudah pastinya cukup berbeza dengan rekaan model sebelumnya yang kelihatan sedikit bentuk bulat dan lebih lembut rekaannya berbanding model yang ini kelihatan cukup moden dan bergaya.
Juga jelas kelihatan, Citroen C3 Aircross baharu ini mempunyai dimensi yang jauh lebih besar dan luas berbanding model sebelumnya. Ianya mempunyai jarak ukuran panjang sehingga 4.39 meter bagi memberikan lebih ruang di bahagian dalam. Begitu juga jarak titik roda yang kini lebih jauh. Sudah pasti memberikan lebih ruang kaki untuk penumpang di bahagian belakang.

Walau pun tiada kenyataan rasmi, namun jika dilihat dengan mata kasar, kebarangkalian untuk memuatkan kerusi di barisan ketiga mungkin boleh menjadi nyata, apatah lagi ianya turut mempunyai tingkap kecil di bahagian belakang yang turut berkongsi panel cermin belakang yang seakan bersambung. Cukup sesuai untuk menjadi sebuah SUV keluarga urban.
Masih tiada lagi kenyataan rasmi tentang trenkuasa untuk SUV segmen B ini namun dijangkan ianya akan menggunakan rangkaian trenkuasa sedia ada seperti enjin 1.2 liter EB2DT turbo dan juga enjin 1.6 liter flax fuel. Kebarangkalian untuk memasukkan trenkuasa elektrik juga sudah pasti di masa akan datang sebagai pilihan.

Model baharu ini dijangka mula dijual secara rasmi pada musim panas 2024 ini (Malaysia ni dah lama alami musim panas oi! ) dengan pasaran Eropah menjadi sasaran utamanya. Untuk rekod, jualan segmen B SUV telah melebihi jualan segmen hatchback segmen B di Eropah.
Dan yang pasti, legasi plat nama C3 Aircross ini sudah mahu menjadi SUV untuk terus menakluki hati dan perasaan para penggemarnya.
BACA : KLIMS 2018 : CITROEN C3 AIRCROSS SUV CITARASA PERANCIS
BACA : CITROEN C4 BAHARU – APA PASAL DAH NAMPAK MACAM SUV PULA SEKARANG NI?



