
MERCEDES BENZ DIBENARKAN GUNA LAMPU TURQUOISE, UNTUK DRIVE PILOT
Badan perundangan di California dan Nevada membenarjan Mercedez-Benz untuk menukar lampu mereka daripada warna merah kepada warna turquoise apabila ciri swapandu Drive Pilot diaktifkan oleh pemandu. Di California, warna turquoise akan digunakan pada bahagian depan dan belakang selain pada cermin sisi
Namun kebenaran ini hanya tertakluk kepada Mercedes ketika menguji sistem ini di jalan raya awam selama 2 tahun sahaja. Bagi kebenaran di Nevada, kebenaran ini akan diberikan kepada model Mercedes-Benz yang dikeluarkan pada tahun 2026 ke atas. Kebenaran ini sah sehingga undang-undang baru digubal di Nevada
Dengan penggunaan lampu berwarna turquoise, ia akan memberi amaran kepada pengguna jalanraya yang lain bahawa kenderaan Mercedes Benz ini sedang diuji bagi sistem swapandu. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan kesedaran orang ramai dan memberikan penerimaan yang lebih baik oleh pengguna.
Lampu turquoise ini juga membantu pihak polis menentukan keadaan kenderaan dan menentukan jika pemandu untuk melepaskan tangan dan memejamkan mata atau menggunakan peralatan elektronik lain ketika ujian dilakukan.
Sistem Drive Pilot daripada Mercedes Benz merupakan sistem pertama mengikut takrifan SAE yang memenuhi keperluan syarat Tahap 3 Pemanduan Autonomi yang membenarkan sehingga pemandu memejam mata atau membaca buku dan menonton wayang ketika memandu.
Wana turquoise ini dipilih memandangkan ia merupakan warna yng paling terang dan menarik perhatian pengguna jalan raya lain serta membezakannya dengan warna kenderaan kecemasan lain seperti polis dan ambulans.
Berdasarkan penilaian psikologi, pakar berpendapat bahawa warna turquoise adalah warna yang paling optimal. Malah pendapat ini disokong oleh SAE yang mencadangkan warna ini digunakan pada kenderaan swapandu
Kenderaan Mercedes Benz yang pertama dilengkapi dengan Drive Pilot adalah EQS 2024 dan juga S-Class , dijual di California dan Nevada menjadikan ia kenderaan pertama dibenarkan mengguna sistem swapandu tahap 3 di jalanraya awam.

