
ZEEKR MASUK PASARAN SINGAPURA PADA TAHUN INI, TAWAR MODEL ZEEKR 009 DAN ZEEKR X
Jenama kenderaan elektrik (EV) mewah yang dimiliki oleh Geely iaitu Zeekr, bakal memasuki pasaran Singapura pada tahun ini, dengan jualan akan bermula pada separuh pertama 2024.
Menurut Premium Automobiles Group, yang telah dilantik sebagai pengedar sah, penghantaran pertama dijadualkan bermula pada Jun atau Julai 2024.
Presiden Premium Automobiles Group, Hadi Widjaja Tanaga berkata“Kami yakin model kereta Zeekr mampu menawarkan pelanggan tahap keselesaan dan pengalaman pemanduan baharu.”
Zeekr dipasarkan di Eropah sebagai jenama kereta mewah, berbeza dengan kebanyakan jenama kereta China di Singapura.

Walaupun butiran harga masih belum didedahkan, Premium menjangkakan model Zeekr akan diberi tanda harga yang kompetitif berbanding jenama mewah Jerman seperti BMW dan Mercedes-Benz,
Perunding industri kereta dan bekas pengarah urusan di kumpulan pengedar kereta, Say Kwee Neng, berkata Zeekr adalah salah satu jenama EV China yang paling diidamkan.
Tambahnya lagi, bernaung di bawah Geely memberikan keyakinan kepada pengedar serta pengguna terhadap teknologi, kebolehupayaan model Zeekr.
Zeekr kini mempunyai empat model yang dijual di luar negara iaitu Zeekr 001, Zeekr 007, Zeekr 009, dan Zeekr X.
Bagi pasaran Singapura, model pertama yang tersedia ialah Zeekr 009 dan Zeekr X.
- BACA: ZEEKR 007 RASMI DILANCARKAN – JANA 637HP, PENGECASAN 15 MINIT TAWAR JARAK GERAK 500KM, HARGA BERMULA RM135K
- BACA: ZEEKR REKRUT DUA JAWATAN DI THAILAND, BAKAL MASUK PASARAN ASIA TENGGARA
- BACA: ZEEKR 001 FR DEBUT 1 SEPTEMBER, BAKAL DIJANA 4 MOTOR ELEKTRIK, HARGA RM637K
- BACA: ZEEKR BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA