
MERCEDES-BENZ EQS 450 4MATIC SUV 2024 DILANCARKAN – 360HP, JARAK GERAK 673KM, HARGA BERMULA RM625K
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan EQS 450 4Matic SUV untuk pasaran tempatan dengan tawaran harga bermula RM625,888.
Dari segi dimensi, EQS 450 4Matic SUV berukuran 5,125mm panjang, 1,959mm lebar dan tinggi 1,718mm dengan jarak roda diletakkan pada 3,210mm.
Ia mempunyai ruang barangan di bahagian belakang 195 liter dan apabila tempat duduk barisan kedua serta ketiga dibaringkan, ia menawarkan kapasiti sehingga 2,100 liter.
EQS 450 4Matic SUV dibina berdasarkan platform EV “EVA2” (Electric Vehicle Architecture), dilengkapi suspensi jenis four-link di hadapan serta jenis multilink di belakang.

Selain itu, jarak kelegaaan tanah untuk SUV ini telah dipertingkatkan sehingga 25mm.
Dari segi penggayaan, model ini tampil dengan lampu utama Digital LED dan jalur lampu yang disepadukan bersama gril hitam bercorak bintang tiga-dimens serta diserlahkan melalui rim AMG 22-inci dua-tona.
Di bahagian belakang, ia dilengkapi lampu LED diberikan dengan rekaan 3D Helix, diffuser dengan elemen krom dan disertakan bersama spoiler lip di bahagian bawah badan.
Menjengah dalam kabin, ia dipadankan bersama elemen kemasan kayu dengan Mercedes-Benz Pattern selain, dilengkapi MBUX Hyperscreen dengan panel paparan melengkung – terdiri daripada tiga unit skrin untuk pemandu 12.3-inci, tengah 17.7-inci, manakala penumpang belakang menerima skirin bersaiz 12.3-inci.

Menerusi rekaan zero-layer, MBUX Hyperscreen menawarkan operasi sentuhan intuitif dengan haptic feedback dan force feedback.
Bukan itu sahaja, bahagian kabin turut menerima kelengkapan seperti Electric Art termasuk balutan tempat duduk dalam kemasan kulit Nappa hitam/kelabu.
Kelengkapan lain termasuklah diberikan MBUX (Mercedes-Benz User Experience) generasi kedua dan sistem audio Dolby Atmos® dan sistem bunyi keliling Burmester 15 unit pembesar suara.
Perincian lain adalah seperti berikut:
- Kawalan suhu automatik Thermotronic
- Bantuan suara Hey Mercedes
- MBUX High-End Rear Seat Entertainment Plus (dua paparan 11.6-inci)
- Tablet MBUX untuk penumpang belakang,
- MBUX Interior Assistant dan MBUX Augmented Reality Navigation
Lebih menarik, pakej Energizing didatangkan secara standard, merangkumi Energizing Comfort, Energizing Coach dan Air-Balance Package yang menawarkan aroma mengharumkan.

Beralih pada kuasa pula, EQS 450 4Matic SUV dijana oleh motor elektrik berkuasa 360hp dan tork 800Nm.
Ia mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat dengan laju maksimum mencecah 210 km/j.
Melalui bateri lithium-ion berkapasiti 118kWh, ia menawarkan jarak gerak elektrik sepenuhnya antara 594km hingga 673km.
EQS 450 SUV menyokong pengecasan AC sehingga 22kW (0-100 peratus SoC dalam 6 jam 15 minit), serta pengecasan pantas DC sehingga 200kW (10-80 peratus dalam 31 minit).
Tambahan, model ini turut dilengkapi dengan electric drive train (eATS) di gandar depan dan belakang, serta memiliki ciri Torque Shift, di mana ia mengagihkan tork untuk kedua-dua gandar secara elektronik.

Ia juga diberikan mod pemanduan Dynamic Select yang merangkumi mod Eco, Comfort, Sport dan Individual, serta ciri Off Road.
Bagi aspek keselamatan, ciri Parking Package bersama kamera 360-darjah adalah standard, yang disepadukan dengan Bantuan Parkir di dalam MBUX, Pakej Bantuan Pemanduan, fungsi brek kecemasan dan Bantuan Parkir Aktif.
Kelengkapan lain termasuklah; tujuh beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan, Kawalan Kelajuan Adaptif, Pemantauan Titik Buta Aktif, Pengelak Pelanggaran Hadapan dengan Amaran Trafik, Sistem Pengesan Pejalan Kaki, dan Paparan Informasi Isyarat Trafik.
Driving Assistance Package Plus turut disertakan, terdiri daripada Distronic Plus, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, Evasive Manoeuvre Support, PRE-SAFE® Impulse Side, dan sensor belakang.
Seperti dinyatakan di atas, Mercedes-Benz EQS 450 SUV 2024 boleh dimiliki pada harga bermula dari RM625,888 tidak termasuk insurans, dan bakal diedarkan September 2024.
GALERI:
























- BACA: SEMPENA BULAN MERDEKA, HONDA MALAYSIA TAWAR PROMOSI ‘MERDEKA JIWA MADANI’ – PENJIMATAN SEHINGGA RM8K!
- BACA: WRC 2024 – SEBASTIAN OGIER AKAN MENGEJAR KEJUARAAN WRC BUAT KALI KESEMBILAN MUSIM INI
- BACA: GWM MALAYSIA TAWAR PROMOSI ‘MERDEKA EXCLUSIVE BOOK & WIN’ – BERPELUANG MENANGI BAUCAR PERCUTIAN BERNILAI RM30K
- BACA: FEDERAL AUTO GROUP JALIN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN JAECOO MALAYSIA, BUKA PUSAT PAMERAN BAHARU



