GWM MALAYSIA TAWAR PROMOSI ‘MERDEKA EXCLUSIVE BOOK & WIN’ – BERPELUANG MENANGI BAUCAR PERCUTIAN BERNILAI RM30K
Great Wall Motor (GWM) Malaysia menyambut bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tawaran ‘Merdeka Exclusive Book & Win’ dari 15 Ogos hingga 30 September 2024.
Pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA yang bertuah berpeluang untuk memenangi baucar percutian mewah bernilai setinggi RM30,000 ke mana-mana destinasi baharu dengan bergaya.
Cara penyertaannya adalah mudah, untuk melayakkan diri, kunjungi mana-mana pengedar rasmi GWM Malaysia bagi menempah dan mendaftarkan GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07 anda sebelum 31 Oktober 2024.
GWM Malaysia menawarkan sebanyak lapan hadiah dan setiap pemilik berpeluang memenangi cabutan bertuah ini.
- Hadiah Utama: Baucar Percutian bernilai RM7,500 (1 Pemenang)
- Hadiah Kedua: Baucar Percutian bernilai RM5,000 (2 Pemenang)
- Hadiah Ketiga: Baucar Percutian bernilai RM2,500 (5 Pemenang)
Kedua-dua model ini hadir dengan pakej waranti komprehensif daripada GWM Malaysia, memastikan setiap pelanggan dapat menikmati kenderaan elektrik GWM ORA mereka dengan ketenangan dan perlindungan yang sepenuhnya.
Pakej waranti untuk GWM ORA GOOD CAT menawarkan:
- Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km
- Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
- Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
- Jaminan Kenderaan hingga 5 tahun/150,000 km (kecuali bahagian yang Haus dan Lusuh)
- Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70%)
- Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun.
Manakala GWM ORA 07 didatangkan dengan:
- Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km
- Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
- Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km
- Jaminan Kenderaan hingga 6+2 tahun/180,000 km*
- Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70%
- Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun
Untuk maklumat lanjut atau sesi pandu uji, sila lawati Pandu Uji GWM Malaysia.
- BACA: FEDERAL AUTO GROUP JALIN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN JAECOO MALAYSIA, BUKA PUSAT PAMERAN BAHARU
- BACA: VIDEO TULAR CUBAAN TARIK KERETA DI R&R TAPAH, PEMANDU LAIN KONGSI KISAH ‘DIPUKAU’
- BACA: SMART MALAYSIA RASMI BUKA PUSAT PENGEDAR KEDUA DI JOHOR BAHRU
- BACA: NISSAN ALTIMA 2025 UNTUK AMERIKA SYARIKAT, TURBO GUGUR, PAKEJ SE BAHARU