
WRC 2024 – SEBASTIAN OGIER AKAN MENGEJAR KEJUARAAN WRC BUAT KALI KESEMBILAN MUSIM INI
Entah dari mana muncul, secara tiba – tiba nama Sebastian Ogier segera dikaitkan dengan kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC) musim 2024 ini sekali gus berpeluang menjuarainya buat kali kesembilan.
Dan untuk membolehkan hasrat tersebut menjadi nyata, Sebastian Ogier tampaknya bakal beraksi untuk kesemua baki perlumbaan dalam kalendar WRC musim ini bagi membolehkan hasrat tersebut menjadi nyata.
Sebastian Ogier yang memandu GR Yaris Rally1 untuk Toyota Gazoo Racing, hanya dijadualkan untuk bersaing dalam beberapa pusingan terpilih sahaja untuk musim 2024 ini. Malah beliau sempat tertinggal tiga perlumbaan pada awal musim, namun kini beliau hanya ketinggalan 27 mata di belakang pendahulu Thierry Neuville dari pasukan Hyundai Motorsport dengan baki empat perlumbaan sahaja musim ini.
Penyertaan Sebastian Ogier untuk aksi di EKO Acropolis Rally Greece pada 5 hingga 8 September nanti telah pun disahkan dalam senarai peserta yang akan beraksi kelak. Namun ianya sudah jelas apabila pemenang kejuaraan WRC sebanyak lapan kali itu juga akan beraksi di Chile, Central Europe dan juga yang terakhir di Jepun.

Mengikut perkhabarannya, aksi di Chile dan Central Europe tidak berada dalam jadual untuk Sebastian Ogier beraksi musim ini. Akan tetapi dengan situasi untuk merebut kejuaraan bagi kategori Pemandu dan juga Pengeluar yang masih lagi sengit maka ini adalah masa yang sesuai untuk beliau kembali cuba mengejar kejuaraan WRC sekali lagi sekali gus merebut kejuaraan buat kali yang kesembilan.
Dan sekiranya Sebastian Ogier berjaya memenangi kejuaraan WRC buat kali kesembilan, beliau akan menyamai rekod kejuaraan rakan senegara Sebastian Loeb. Pun begitu, angka bukanlah menjadi motivasi utama buat Sebastian Ogier untuk memburu kejuaraan. Beliau masih lagi mahu memberikan keutamaan kepada keluarga sebenarnya
Menurutnya, beliau tidak pernah kisah tentang rekod atau pun angka. Selagi ianya masih lagi memberikan kegembiraan dan keseronokan maka beliau akan terus beraksi. Dengan jelas Sebastian Ogier juga menyatakan bahawa beliau tidak akan sesekali kembali berlumba secara sepenuh masa. Selepas mengharungi musim ini yang cukup mendebarkan dan memenatkan, beliau mungkin akan hanya berlumba lebih sedikit berbanding musim ini.
BACA : WRC 2024 – SEBASTIAN OGIER MUNCUL SEBAGAI PEMENANG DI SECTO RALLY FINLAND SECARA TIBA – TIBA
BACA : PRINSIPAL TOYOTA GAZOO RACING TERBUKA SEKIRANYA SEBASTIAN OGIER MAHU TERUS BERLUMBA LAGI



