
N5 DUAL DASHCAM TAMPIL DENGAN CIRI REALCUBE, NIGHTVIS DAN RADAR AI. BERMULA RM499 SAHAJA
Semakin maju teknologi, semakin berkembang juga cara kita mengintegrasikannya ke dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, peranti tidak hanya memastikan keselamatan pemandu dan penumpang, malah menyediakan keselesaan serta kemudahan semasa memandu.
Dalam konteks ini, N5 Dual Dashcam merupakan satu lagi inovasi cemerlang daripada DDPAI.
Menggabungkan pelbagai ciri menarik, N5 Dual Dashcam memastikan pengalaman memandu anda menjadi lebih selamat, terkawal dan menyeronokkan.

Satu ciri utama N5 Dual Dashcam adalah keupayaannya untuk merekod video dengan resolusi 4K pada kamera hadapan dan 1080P pada kamera belakang.
Melalui teknologi Realcube dan NightVIS, setiap butiran di jalan raya terakam dengan jelas, sama ada pada siang hari atau malam hari.
Tetapi kecemerlangan N5 Dual Dashcam tidak berhenti di situ. Diperkuatkan dengan pengesanan gerakan radar milimeter berasaskan kecerdasan buatan (AI), peranti ini memberikan pemantauan 24/7 yang tepat.

Bagi situasi kecemasan, sistem penyimpanan D2save (D2save Emergency Storage) dengan penyimpanan eMMC 32GB, ia bertindak sebagai kotak hitam peribadi anda, memastikan bahawa video-video penting dapat disimpan dengan selamat.
Selain itu, daya tahan juga menjadi tumpuan utama N5 Dual Dashcam, di mana ia dikuasakan oleh Supercapacitor yang mampu berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan cuaca, dari 20°C hingga 85°C.
Sambungan Bluetooth yang cepat dan stabil pula membolehkan anda menyelaras peranti dengan mudah ke aplikasi DDPAI. Menerusi akses kepada log GPS dalaman, anda boleh menjejaki laluan perjalanan dengan tepat.

Berminat? N5 Dual Dashcam boleh dimiliki pada harga bermula RM449 (standard). Sementara DDPAI N5 Dual bersama Radar dan OBD Intelligent Hardwire Kit berharga RM599.
Kesimpulannya, N5 Dual Dashcam adalah satu lagi inovasi menarik daripada DDPAI yang menggabungkan keselamatan, keselesaan, dan kecekapan dalam satu peranti. Jadi, pengalaman pemanduan akan lebih selamat dan tenang.
DDPAI N5 Dual Dashcam: https://bit.ly/4a2g7Vs , DDPAI Ranger Riding Camera: https://bit.ly/3PxGF8Z
- BACA: DASHCAM DDPAI MOLA N3 PRO. DASHCAM PADU, HARGA MAMPU MILIK!
- BACA: DASHCAM PADU DDPAI Z50. 4K RES, RAKAMAN 2 SALURAN, PEMANTAUAN PARKIR 24 JAM, GPS & WIFI BINAAN DALAM. HARGA MAMPU MILIK!
- BACA: TRAPO LANCAR DASHCAM BAHARU, ISIGHT T350 DAN T550 – JALIN KERJASAMA DENGAN LAZADA
- BACA: KENAPA KERETA JEPUN TAHAN LASAK & SUSAH ROSAK