Buletin

DASHCAM DDPAI MOLA N3 PRO. DASHCAM PADU, HARGA MAMPU MILIK!

Kenderaan moden mempunyai pelbagai ciri keselamatan, namun bagaimana dengan pemantauan dan pelaksanaannya? Maka inilah pentingnya kelengkapan tambahan dan dashcam dilihat sebagai salah satu peranti wajib dimiliki oleh semua pemilik kenderaan.

Ya, sudah tentu begitu banyak lambakan model dashcam di pasaran. Dengan pelbagai jenama, spesifikasi, harga dan kebolehpercayaan, mungkin kita sebagai pengguna pun pening ketika hendak membuat pilihan sebelum membelinya.

Bercakap tentang spesifikasi, harga dan kebolehpercayaan, Dashcam DDPAI MOLA N3 Pro adalah antara dashcam yang terbaik untuk anda miliki.

Resolusi dashcam DDPAI MOLA N3 Pro ini adalah resolusi 2K, 1600p UHD pada kadar bingkai 30fps dengan purata kadar bit 14.5 Mbps yang menjadikan video yang dirakam sangat jelas.

Anda boleh melihat nombor plat kereta serta butiran jalan dengan mudah, selain mampu merakam 140 darjah dengan teknologi wide dynamic range F1.8.

Kamera papan pemuka ini juga didatangkan dengan ciri pedakap boleh dicabut (detachable bracket). Fungsi ini membolehkan dashcam dipusing tanpa perlu ditanggalkan daripada cermin.

Jadi, ia sesuai digunakan untuk pemandu e-hailang merakam penumpang mereka di dalam kereta bagi tujuan keselamatan.

Ciri lain yang ada pada DDPAI MOLA N3 Pro ialah Cycle atau loop recording. Ia berfungsi untuk terus merakam apabila enjin kereta dihidupkan dan kad memori akan melakukan auto format sekiranya kapasiti memori sudah penuh.

Kelebihan seterusnya ialah ciri Sense Reality Effect yang berperanan mengesan pecutan, selekoh tajam, laluan menaiki atau menuruni bukit serta menukar haluan 

Satu lagi tarikan utama DDPAI Mola N3 Pro ialah ciri GPS dan wifi yang membolehkannya disambungkan dengan aplikasi mudah alih. Dengan adanya fungsi GPS, anda boleh menjejak lokasi serta had kelajuan pergerakan kenderaan.

Sistem ADAS pula memastikan keselamatan dengan sistem interactive voice response (IVR) apabila kenderaan di hadapan anda boleh mendatangkan bahaya atau apabila ada orang di hadapan kereta.

Bagi mengelakkan masalah terlebih panas atau overheat, kamera ini didatangkan dengan ciri Super Capasitor Drived. Ia juga boleh menjadi back-up kuasa sekiranya bateri kereta mati secara tiba-tiba. Jadi, fail rakaman tidak rosak dan kamera boleh merakam seperti biasa.

Apa yang lebih menarik, anda boleh memiliki Dashcam DDPAI MOLA N3 pada harga mampu milik.

Cara nak beli pun mudah sahaja. Klik pada pautan https://bit.ly/m6-auto2u-ddpai-mola-n3-pro-oct22-promo dan masukkan kod promo MEKANIKA25 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM25. Harga selepas diskaun ialah RM294 hingga RM514, bergantung kepada model yang dipilih.

Bukan itu sahaja, jika membeli pakej lengkap yang ada ciri GPS dam kamera belakang, anda akan menerima kad SD 32GB secara percuma. Harus tahu bahawa kos penghantaran aialah RM7 untuk Semenanjung Malaysia dan RM15 (Sabah/Sarawak).

DDPAI Mola N3 Pro hadir dengan jaminan selama setahun. 

 Kalau berminat, promosi ini bermula 15 Oktober hingga 11 November 2022. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki DDPAI Mola N3 Pro!

GALERI

Google ads
Back to top button