
DDPAI PERKENALKAN DUA PRODUK BAHARU – KAMERA PAPAN PEMUKA 4G Z60 DAN KAMERA PAPAN PEMUKA MOTOSIKAL RANGER M1
DDPAI baru-baru ini telah melancarkan Produk Musim Luruh di Malaysia, memperkenalkan dua produk baharu iaitu kamera papan pemuka 4G Z60 dan kamera papan pemuka motosikal RANGER M1.
Kamera papan pemuka Z60 menjadi fokus utama dengan resolusi 4K UHD, Sistem Berbilang Saluran πLink, dan pemantauan parkir tenaga rendah AOV.
Sistem πLink pula membolehkan pengguna menghubungkan kamera tambahan seperti MINI2X, memberikan liputan tiga saluran untuk perlindungan yang menyeluruh.

Ciri sambungan 4G membolehkan pemantauan jauh, memastikan kenderaan sentiasa dalam pengawasan walaupun pemilik tiada di tempat.
Teknologi NightVIS 2.0 terdapat pada Z60 turut memastikan rakaman yang jelas dalam keadaan malam, menjadikannya antara pilihan terbaik untuk keselamatan jalan raya.
Selain itu, kamera ini turut memiliki sistem pemantauan parkir berkuasa rendah AOV yang memanjangkan masa pengawasan sambil menjimatkan tenaga.

Bagi RANGER M1 pula, ia direka khusus untuk motosikal, dengan rakaman dwisaluran 3K, sudut lebar 145°, dan apertur F1.55.
Ciri-ciri ini menawarkan rakaman berkualiti tinggi untuk siang dan malam, ditambah pula dengan penstabilan video yang lancar walaupun di jalan tidak rata.
Teknologi SR 4.0-Lite menyuntik data tunggangan dinamik ke dalam video, manakala penarafan kalis air IP67 menjadikannya pilihan ideal untuk penunggang motosikal di pelbagai persekitaran cuaca.
Pelancaran ini memperlihatkan komitmen DDPAI untuk memperkukuh kehadirannya di Asia Tenggara.
Kedua-dua Z60 dan RANGER M1 dijangka akan memasuki pasaran serantau tidak lama lagi, menawarkan penyelesaian teknologi yang canggih bagi pemandu dan penunggang di rantau ini.
Maklumat lanjut mengenai Z60 dan RANGER M1, sila layari laman web DDPAI. Jika berminat, anda boleh mendapatkan daschcam terbaharu daripada DDPAI di pautan Shopee ini.
GALERI:





- BACA: 20 UNIT HONDA CIVIC TYPE R BAHARU DICURI DARI PELABUHAN AUSTRALIA – INI MESTI KERJA MEMPHIS RAINE
- BACA: CYCLE & CARRIAGE MALAYSIA TAWAR DISKAUN EKSKLUSIF DAN MODEL TERKINI PEUGEOT DI SUNWAY GEO AVENUE
- BACA: MITSUBISHI PAMER SUV 7-TEMPAT DUDUK ‘DST CONCEPT’ DI FILIPINA – BAKAL LANCAR TAHUN 2025
- BACA: CHERY PERKENALKAN KONSEP PIKAP BAHARU, KP11 – BAKAL MASUK PASARAN TAHUN DEPAN