
TRAPO LANCAR DASHCAM BAHARU, ISIGHT T350 DAN T550 – JALIN KERJASAMA DENGAN LAZADA
TRAPO, pengeluar aksesori automotif, baru-baru ini melancarkan siri dashcam baharu dengan kerjasama strategik bersama Lazada.
TRAPO memperkenalkan dua kamera pemuka tercanggih untuk peminat kereta iaitu TRAPO iSight T350 dan Trapo iSight T550.

Menurut TRAPO, dua produk baharu ini didatangkan dengan teknologi canggih, ciri keselamatan dipertingkatkan serta kemudahan tiada tandingan.
Untuk rekod, kedua-duanya produk akan tersedia secara eksklusif mulai 6 Oktober 2023 dan seterusnya boleh dimiliki di LazMall TRAPO.

Ciri-ciri utama kamera pemuka baharu adalah seperti berikut:
● Rakaman Resolusi Tinggi: Kedua-dua model mempunyai tangkapan video resolusi tinggi, memastikan rakaman perjalanan anda jelas, sama ada di waktu siang atau malam.
● Kanta Sudut Lebar: Kanta sudut lebar menangkap pandangan jalan raya yang menyeluruh, meningkatkan keselamatan dengan meminimumkan titik buta.
● Penjejakan GPS: Kamera pemuka ini dilengkapi dengan teknologi GPS, membolehkan pengguna mengesan dan mengenalpasti kenderaan mereka sekiranya berlaku kecurian.
● Ketersambungan Lancar: Pengguna boleh mengakses dan mengurus rakaman kamera pemuka dengan mudah melalui aplikasi.
● Reka Bentuk Menarik: Reka bentuk moden membolehkan ia sesuai untuk diletakkan dalam kenderaan.
Pelanggan boleh memiliki produk baharu ini pada harga RM219 (TRAPO iSight T350) dan RM549 (iSight T550).
Pelanggan juga berpeluang menikmati diskaun sehingga 24 peratus selain, 50 pelanggan terawal bakal membawa pulang SD card 64GB atau SD card 128GB secara percuma.
- BACA: DASHCAM DDPAI MOLA N3 PRO. DASHCAM PADU, HARGA MAMPU MILIK!
- BACA: DASHCAM PADU DDPAI Z50. 4K RES, RAKAMAN 2 SALURAN, PEMANTAUAN PARKIR 24 JAM, GPS & WIFI BINAAN DALAM. HARGA MAMPU MILIK!
- BACA: SKS AIRWAYS PAMER EMBRAER E195-E2, BAKAL BEROPERASI MAC 2024
- BACA: 11 KONSESI LEBUH RAYA LAKSANA SPT HARI INI – SENANG BOLEH GUNA KAD DEBIT, KREDIT



