Buletin

NAM JADI HAB PENGILANGAN PERTAMA GROUPE PSA DI ASEAN

Naza Corporation Holdings dan Groupe PSA hari ini menandatangani perjanjian penjualan saham serta membentuk kerjasama untuk sama-sama mengendalikan operasi kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah.

Perjanjan itu menyaksikan NAM menjadi hab pengilangan pertama Groupe PSA di ASEAN. Groupe PSA yang merupakan pembuat kenderaan kedua paling besar di Eropah kini memegang saham majoriti NAM.

Naza Group pula bertanggungjawab ke atas pengedaran kenderaan Peugeot, Citroën dan DS Automobiles di pasaran tempatan. Bersama Groupe PSA, ia juga akan meneroka pasaran rantau ASEAN dengan pelanggan berpotensi mencecah 680 juta orang.

Menerusi perjanjian ini, Groupe PSA dan Naza akan sama-sama mengilang kereta di bawah jenama Groupe PSA. Kerjasama stretegik dilihat bakal memberi manfaat kepada rangkaian pembekal yang kukuh dan berkualiti.

Kenderaan pertama yang akan dihasilkan pada tahun 2018 ialah Peugeot 3008. Manakala Citroen C5 Aircross bakal diproduksi tahun depan.

Kilang NAM memulakan operasi pada tahun 2004 dengan tenaga kerja seramai 450 orang kapasiti pengeluaran 50,000 unit kenderaan setahun.

Pelaburan Groupe PSA bakal menyaksikan implementasi platform modular EMP2 untuk kenderaan segmen C dan D.

“Penubuhan hab ASEAN di Gurun, Kedah merupakan satu langkah signifikan buat Groupe PSA dalam membina perniagaan yang mantap di rantau ini dan menjadi sebahagian daripada pelan strategik Push to Pass kami,” kata Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan Groupe PSA, Carlos Tavares.

Google ads
Back to top button