Buletin

R.S.18 – TARUHAN TERBAHARU RENAULT SPORT FORMULA ONE TEAM

Kali ini Brader Karrager mempersembahkan pula jentera R.S.18, taruhan terbaharu bagi pasukan Renault Sport Formula One Team bagi musim 2018. Tampil dengan warna tema Kuning/Hitam, jentera R.S.18 ini adalah chasis ketiga yang dibina sepenuhnyai semenjak kembalinya Renault dalam saingan bermula tahun 2016.

BACA : ROBERT KUBICA KEMBALI MERASAI FORMULA 1 DI VALENCIA

BACA : ALFA ROMEO SAUBER F1 TEAM MEMPERKENALKAN C37

Jentera yang telah mula dibina semenjak tahun 2017 lagi dan telah ditambah baik sehingga ke pelancarannya. Ianya termasuklah sistem gantungan dan aerodinamik yang lebih baik. Jelas juga kelihatan jentera R.S.18 ini adalah pelindung enjin yang direka semula bagi mematuhi peraturan teknikal serta pemasangan pelindung Halo.

Bila dah bina sendiri, tak mungkinlah pula pasukan Renault ini gamak nak menggunakan enjin Honda mahu pun daripada Ferarri. Sudah tentulah pilihan enjin daripada 1.6 liter turbo V6 milik sendiri. Berdasarkan ujian dyno, kuasa yang dilepaskan mampu dilepaskan sehingga ke angka maksimum dan dalam masa yang sama  soal ketahanannya juga tidak diketepikan begitu sahaja yang ianya hanya menggunakan tiga engin pembakaran dalam (internal combustion engines-ICE).

R.S.18 ini dibina bersama dengan pasukan yang berpangkalan di Enstone, UK dan juga di Viry, Perancis. Di Enstone kelengkapannya meliputi terowong angin bagi menguji jentera dan juga Super Komputer CFD. Kelengkapan yang canggih ini berjaya diterjemahkan di atas litar yang mana prestasi pasukan Renault berjaya memperbaiki kedudukan daripada kedudukan kesembilan pada 2016 kepada keenam keseluruhan bagi musim 2017.

Dan bagi musim 2018 ini, kelibat dua pemandu  Nico Hülkenberg dan juga Carlos Sainz Jr masih lagi diharapkan untuk membawa cabaran Renault. Dengan jentera serba baharu ini, Renault menyasarkan untuk mencabar kejuaraan pula.

Carlos Sainz Jr yang menyertai Renault pada penghujung musim 2017 setelah memutuskan untuk meninggalkan pasukan Toro Rosso menunjukkan aksi yang agak membanggakan dari segi kutipan mata untuk membantu memperbaiki kedudukan pasukan Renault secara keseluruhan.

Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku kepada pemandu utama, Renault turut melantik Jack Aitken pemandu kelahiran Britain yang mempunyai darah Korea sebagai Pemandu Ketiga merangkap Pemandu Simpanan. Manakala Artem Markelov, pemandu dari Rusia pula ditugaskan sebagai Pemandu Ujian dan Pembangunan Renault.

Kedua-dua jentera R.S.18 ini bakal diuji di Litar Catalunya terlebih dahulu sebelum saingan bermula di  Melbourne, Australia.

Google ads

B K

Back to top button