
NAZA AUTOMANIA KEMBALI LAGI PADA 22 HINGGA 24 OGOS INI
Naza Automania kembali lagi pada 22 higga 24 Ogos ini bertempat di Naza Automall Petaling Jaya.
Edisi ketiga ini menjanjikan lebih banyak aktiviti dan tawaran menarik untuk pengunjung yang hadir.
Antara tumpuan utama pada edisi kali ini adalah acara tontonan awal Ducati Panigale V2 dan Multistrada V2 pada Jumaat. Selain itu, turut hadir memeriahkan acara adalah Khairy Jamaluddin bagi sesi meet & greet.
Kemudian pada jam 3 petang, orang ramai berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat Suzuki Swift Final Edition.

Bagi yang ada masa lapang di hujung minggu, orang ramai berpeluang menemui bekas pelumba MotoGP dan pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin pada hari Sabtu.
Tarikan utama sudah tentunya terarah pada promosi istimewa bagi kenderaan dibawah Naza termasuk:
- kereta Maserati dari RM508k dengan tempahan serendah RM8,888
- Toyota Alphard model 2021 dari RM18X,XXX
- Suzuki Jimny dari RM13X,XXX bagi 3-pintu (terhad) atau rebat RM10k bagi model 5-pintu
- motosikal Ducati dengan rebat dari RM30,XXX dan jualan penghabisan bagi motosikal demo
Menariknya, sepanjang tiga hari berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan berjalan antaranya:
- MotoGP Time Attack
- zon pandu uji
- food truck
- persembahan DJ
- MotoGP Experience Zone
- reruai Shell, Garmin, GoPro, Carrera, Ducati
- minuman Monster Energy percuma
- HotWheels Mania Race
Ibu bapa dengan kanak-kanak juga akan menerima belon, popcorn dan bendera mini Malaysia.






